Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Tiga Latar Masyarakat

Novel Leftnan Adnan Wira Bangsa : Tiga Latar Masyarakat

     Selepas membaca novel Leftnan  Adnan Wira Bangsa, terdapat beberapa latar masyarakat yang saya dapati daripada novel ini.

    Antara latar masyarakat ialah masyarakat kampung yang pemurah. Pak Saidi selalu mempelawa penduduk kampung makan buah-buahan di dusunnya. Dia juga selalu memberikan hasil dusun buah-buahannya kepada jiran-jirannya.

      Seterusnya, masyarakat yang mementingkan ilmu juga terdapat dalm novel ini. Pak Saidi menghantar anaknya Adnan ke sekolah Inggeris untuk menjadi orang yang berpelajaran. Sekolah itu mengajar banyak mata pelajaran kepada pelajar-pelajarnya. Pak Saidi sanggup berbasikal pada awal pagi untuk menghantar Adnan ke sekolah.

      Selain itu, terdapat juga masyarakat yang berani mempertahankan tanah air. Kompeni C askar Melayu berani berjuang menentang tentera Jepun sehingga ke titisan darah terakhir walaupun dalam jumlah yang sedikit dan kehabisan peluru. Walaupun Leftenan Adnan telah cedera parah, dia telah melawan tentera Jepun secara berdepan dengan menggunakan bayonet dan menewaskan banyak tentera Jepun.


.