Kemahiran
dan Pengetahuan Bahasa (Bahasa Melayu SPM)
SOALAN 3 (a) - MORFOLOGI
Terdapat 3 bentuk soalan yang dikemukakan dalam
peperiksaan iaitu:
- Membina satu ayat bagi setiap perkataan bagi
menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya.
- Membina satu ayat bagi setiap perkataan dalam
pasangan perkataan bagi menunjukkan perbezaan maksud dan
penggunaannya.
- Membina dua ayat bagi setiap perkataan yang
diberikan bagi menunjukkan perbezaan maksud dan penggunaannya.
SOALAN 3 (b) - SINTAKSIS
Bentuk soalan yang akan ditanyakan dalam peperiksaan adalah
seperti berikut:
- Menukarkan cakap ajuk kepada cakap pindah
- Menukarkan cakap pindak lepada ayat cakap ajuk.
- Menukarkan ayat aktif kepada ayat pasif
- Menukarkan ayat pasif kepada ayat aktif
- Menukarkan ayat susunan biasa kepada susunan songsang
- Menukarkan ayat susunan songsang kepada susunan biasa
- Menentukan pola ayat
- Menyambung ayat.
- Memisahkan ayat.
SOALAN 3 (c) - EJAAN DAN IMBUHAN
Aspek kesalahan ejaan yang akan ditanyakan ialah:
- persukuan kata
- keselarasan vokal
- kata pinjaman
- ejaan kata terbitan
- kata ganda
- kata majmuk
Aspek kesalahan imbuhan yang akan
ditanyakan ialah:
- awalan kata
- akhiran kata
- apitan kata
- sisipan kata
SOALAN 3 (d) - KATA, ISTILAH ATAU
KESALAHAN TATABAHASA
Aspek kesalahan kata atau istilah yang akan ditanyakan
ialah:
- perbendaharaan kata
- golongan kata
- pemgimbuhan
- penggandaan
- pemajmukan
Aspek kesalahan tatabahasa
merangkumi:
- frasa
- struktur ayat
SOALAN 3 (e) - PERIBAHASA
Bentuk soalan peribahasa terdiri daripada aspek yang
berikut:
- membina ayat menggunakan peribahasa yang diberikan
- melengkapkan petikan yang diberikan berdasarkan situasi
- mengemukakan peribahasa berdasarkan situasi dalam
petikan yang diberikan
Peribahasa terbahagi kepada beberapa
jenis iaitu:
- simpulan bahasa
- perumpamaan
- perbilangan/pepatah
- bidalan
- slogan
.