Contoh
Menukarkan Ayat Aktif Kepada Ayat Pasif
Tukarkan ayat-ayat di bawah kepada ayat pasif.
1. Bapa saudara saya sedang menebang sebatang pokok kelapa di
sebelah rumah barunya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.
Ayat pasif : Sebatang pokok kelapa di sebelah rumah barunya itu sedang ditebang oleh bapa saudara saya.
2. Guru disiplin yang garang itu sedang memarahi pelajar lelaki
yang tidak memakai lencana sekolahnya.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.
Ayat pasif : Pelajar lelaki yang tidak memakai lencana sekolahnya itu sedang dimarahi oleh guru disiplin yang garang tersebut.
3. Doktor yang berkaca mata tebal itu sedang menjalankan pembedahan
ke atas pesakit tersebut.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.
Ayat pasif : Pembedahan ke atas pesakit tersebut sedang dijalankan oleh doctor yang berkaca mata tebal itu.
4. Saya telah melukis gambar pemandangan di tepi pantai itu.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
Ayat pasif : Gambar pemandangan di tepi pantai itu telah saya lukis.
5. Awak belum menjelaskan yuran keahlian persatuan Sains dan
Matematik.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.
Ayat pasif : Yuran keahlian persatuan Sains dan Matematik itu belum awak jelaskan.
LATIHAN:
Tukarkan ayat-ayat aktif yang diberi di bawah kepada ayat-ayat
pasif.
1. Encik Tan sedang menjalankan perniagaan memperbaiki motosikal di
Bandar Melaka.
2. Kucing jantan berbulu lebat itu menangkap seekor tikus yang
sangat besar.
3. Lebuh Raya Utara selatan menghubungkan negeri-negeri di Pantai
Barat Semenanjung Malaysia.
4. Pelumba kereta Formula 1 dari Amerika Syarikat itu memenangi
kejuaraan tersebut pada pagi tadi.
5. Pelatih jururawat di hospital itu menggunakan sarung tangan
plastik ketika bertugas.
6. Saya akan mengharungi segala cabaran itu walaupun amat berat
untuk dipikul.
7. Kalian patut menyeberangi jalan raya menuju ke sungai itu pada
sebelah petang nanti.
8. Beta akan memperkenankan segala permintaan kamu jika kamu
berkata benar.
9. Kami akan membincangkan usul mesyuarat ini dalam perjumpaan kita
pada masa depan.
10. Jangan mengulangi kesalahan-kesalahan itu lagi pada masa yang
akan datang.
11. Kucing itu mengejar seekor tikus sehingga ke hujung jalan raya
tersebut.
12. Peguam berjanggut panjang tersebut mewakili pesalah itu dalam
perbicaraan di mahkamah.
13. Ibu melayani tetamu yang hadir di rumah kami dengan hidangan
yang dibuatnya sendiri.
14. Ayah menunjukkan baju yang baru dibelinya itu kepada emak yang
sedang membaca buku.
15. Jiran saya sedang mengisi sampah-sarap ke dalam plastik untuk
dibuang.
.