Peranan Institusi Keluarga Bagi Membanteras
Gejala Penderaan Kanak-Kanak Oleh Ahli Keluarga
Cadangan isi:
1.
Mengutamakan agenda kasih sayang
dalam keluarga – kasih sayang dijadikan kunci dan matlamat membina sesebuah keluarga –
mencurahkan kasih sayang bagai menatang minyak yang penuh - Hukama-hakama Arab
pernah mengatakan bahawa anak-anak yang kehilangan kasih sayang daripada ibu
bapa yang sibuk adalah yatim – kasih sayang dapat menghalang seseorang itu
daripada menyakiti ahli keluarganya sama ada kesakitan berupa fizikal, mental
atau emosi – lahir keluarga yang bahagia dan sakinah
2.
Mendidik sifat prihatin dan sensitif
ahli keluarga terhadap keselamatan kanak-kanak – cubit paha kiri paha kanan
terasa juga - tidak memberikan kesempatan ahli keluarga yang lain terus-menerus
mendera – mengambil tindakan pantas mencegah, melapor dan menyelamatkan
kanak-kanak yang didera – mencegah lebih baik daripada mengubati
3.
Mendalami ilmu dan kemahiran
keibubapaan – setiap pasangan dikehendaki menghayati betul-betul
kemahiran tersebut sebelum mendirikan rumah tangga. Ilmu meliputi persediaan
mental, emosi dan psikologi untuk berhadapan dengan insan kecil.
4.
Menghayati ilmu agama dan pendidikan
moral yang sempurna – kesedaran terhadap tanggungjawab agama dan ketuhanan
boleh mencegah manusia daripada mudah dirasuk syaitan – agama merupakan senjata
yang paling ampuh – tanpa agama kehidupan seseorang akan terumbang-ambing
ibarat kapal tanpa nakhoda - penghayatan moral membolehkan seseorang menghayati
unsur-unsur nilai kemanusiaan dan nilai sejagat.
5.
Institusi keluarga perlu mengetahui
bahawa mereka memikul amanah untuk menjaga anak kecil – kehadiran anak kecil
sebagai pengikat kasih sayang – setiap ahli keluarga perlu memahami tanggungjawab masing-masing.