Latihan Tatabahasa : Maksud Peribahasa
Beri
maksud peribahasa di bawah:
1. sekali jalan terkena, dua kali jalan tahu
2. seperti air dalam kolam
3. terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata buruk padahnya
4. cacing hendak menjadi naga
5. membujur lalu melintang patah
6. bulat air kerana pembentung, bulat kata kerana maufakat
7. hati gajah sama di lapah, hati nyamuk sama dicicah
8. ke bukit sama di daki ke lurah sama dituruni
9. air orang disauk, ranting orang dipatah, adat orang diturut
10. di mana bumi dipijak, di situ langit dijunjung

1. Jawapan: Sekali kita tertipu, akan membuatkan kita lebih
berhati-hati.
2. Jawapan: Orang yang bersifat dan kelihatan tenang.
3. Jawapan: Berhati-hati apabila bercakan kerana ditakuti akan
menyinggung perasaan orang lain.
4. Jawapan: Orang biasa yang cuba bertindak seperti orang besar/
berpengaruh.
5. Jawapan: Seseorang yang tidak takut pada halangan atau cabaran.
6. Jawapan: Mencapai kata sepakat.
7. Jawapan: Pengagihan yang adil dan sama banyak.
8. Jawapan: Perhubungan yang sama akrab sehingga susah dan senang
sanggup dihadapi bersama.
9. Jawapan: Kita hendaklah patuh pada adat dan undang-undang di
tempat kita berada.
10. Jawapan: Kita hendaklah patuh undang-undang dan peraturan di mana
kita menetap.
.