Beri maksud peribahasa di bawah:
1. diam ubi berisi, diam
besi berkarat
2. bagaikan harimau sembunyikan kuku
3. jauhari juga yang mengenal manikam
4. kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan diduga
5. duduk sama rendah, berdiri sama tinggi
6. air yang dingin juga dapat memadamkan api
7. bagai menjaga intan dicanai
8. karam sambal oleh belacan
9. kasih ibu sepanjang jalan, kasih anak sepanjang pegangan
10. kasihkan anak tangan-tangankan, kasihkan isteri tinggal-tinggalkan

1. Jawapan: Orang yang berilmu
biasanya diam kerana berfikir tetapi orang yang tidak berilmu selalunya banyak
bercakap.
2. Jawapan: Orang berilmu yang
menyembunyikan kelebihan dirinya.
3. Jawapan: Orang yang bijaksana
sahaja tahu menilai kelebihan sesuatu perkara.
4. Jawapan: Sekiranya tiada ilmu
untuk melakukan sesuatu perkara, lebih baik jangan melakukannya.
5. Jawapan: Orang yang sama taraf
atau sepadan.
6. Jawapan: Kata-kata yang lemah
lembut akan dapat meredakan kemarahan seseorang.
7. Jawapan: Kasih sayang yang amat
tinggi.
8. Jawapan: Seseorang yang
dikasihi tetapi merosakkan harta benda yang diberi kepadanya.
9. Jawapan: Kasih ibu bapa
terhadap anak-anaknya berkekalan selama-lamanya, tetapi kasih anak kepada ibu
bapa biasanya tidak tetap.
10. Jawapan: Mengasihi anak dan
isteri biarlah berpatutan dan jangan terlalui dimanjai bagi mengelakkan perkara
buruk berlaku.