Pembinaan
Negara Dan Bangsa Malaysia
Negara ialah
sekumpulan manusia yang menduduki sesebuah wilayah yang tetap di bawah
pemerintahan dan penyelenggaraan sebuah kerajaan dan tidak tertakluk kepada
kuasa luar. Bangsa pula merujuk kepada satu komuniti orang ramai (komuniti
politik) yang terbentuk dalam sejarah, dipertautkan melalui perkongsian wilayah
bersama, ekonomi bersama, serta mempunyai unsur-unsur subjektif bersama yang
merangkumi bahasa, budaya, sastera dan nama bersama yang dikongsi bersama.
Negara bangsa mendefinasikan kepada pembentukan berasaskan kepada proses
penyatuan bangsa serta diperkuatkan lagi dengan persempadanan wilayah tertentu
sebagai identiti. Lahir pada zaman moden di mana penduduknya daripada pelbagai
etnik.
Malaysia mengamalkan
Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah Pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan
Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Salah satu
syarat Sistem Kerajaan Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa tadbir
urus kepada tiga bahagian iaitu Kuasa Eksekutif, Kuasa Kehakiman dan Kuasa
Perundangan. Pembahagian kuasa ini dilaksanakan di peringkat Kerajaan
Persekutuan dan Kerajaan Negeri.
Negara bangsa Malaysia
mempunyai masyarakat yang bersatu –padu dan saling hormat menghormati. Mereka
mengamalkan konsep penerimaan, walaupun mereka berbeza kaum. Bagi
mengharmonikan Negara Malaysia, rakyat Malaysia perlu berkongsi pegangan dengan
satu ideologi politik. Kestabilan politik menjamin kesejahteraan Negara. Selain
itu, kita sebagai rakyat Malaysia perlu yakin dengan pemerintahan Negara dan
Undang-Undang Negara Malaysia. Perlembagaan Persekutuan Malaysia adalah
undang-undang bertulis yang tertinggi di Malaysia dan menjadi rujukan utama
bagi pentadbiran negara.
Pemangkinan Negara
bangsa memerlukan integrasi dalam masyarakat Malaysia. Walaupun berbeza
dari segi pemahaman dan kepercayaan, pemupukan dan pengukuhan perpaduan
adalah agenda utama kerajaan untuk membentuk Negara aman dan makmur. Selain itu
sebagai rakyat Malaysia kita perlu menanam semangat nasionalism dalam diri. Sesungguhnya
nasionalisme masih diperlukan dalam zaman globalisasi ini, masih penting dan ia
masih berperanan. Nasionalisme ini bukan berkehendak kita pikul senjata. Ia
memerlukan kepintaran dan perpaduan, memerlukan strategi yang bijak, dan hati
yang cekal.
Kesimpulanya,
pembinaan negara bangsa memerlukan penyertaan menyeluruh daripada setiap
anggota masyarakat & jentera kerajaan. Kita perlu memahami, menghayati,
mengaplikasi supaya proses pembinaan negara menjadi lebih kukuh. Kita
perlu bijak dan bersedia dalam menangani ancaman untuk memusnahkan negara
bangsa. Satu nilai dikongsi bersama perlu diwujudkan dan dihargai oleh seluruh
warganegara Malaysia.
.