Melancong bermaksud melawat ke
tempat-tempat yang menarik pada masa lapang. Banyak faedah akan diperoleh
daripada aktiviti melancong.
Dengan melancong, kita dapat
merehatkan fikiran dan tubuh badan. Kita boleh pergi melancong ke tempat-tempat
menarik selepas penat belajar atau bekerja. Fikiran yang kusut semasa bekerja
atau belajar boleh ditenangkan dengan melancong. Kita juga boleh membina
semangat yang baru selepas berehat.
Melancong merupakan satu
aktiviti yang menyeronokkan. Selain keseronokan semasa melancong, kita juga
dapat memajukan industri pelancongan negara. Secara tidak langsung, kita dapat
menolong memajukan negara kita apabila melancong dalam negeri sendiri.
Cenderahati yang dibeli di satu-satu tempat pelancongan di negara kita dapat
membantu pengusaha-pengusaha tempatan.
Selain itu, melancong juga
dapat menambahkan pengetahuan kita tentang adat kebudayaan dan suasana
sekitarnya. Sekiranya kita melancong ke luar negeri, kita akan mendapat
pengalaman yang baru dan akan memperoleh pengetahuan di negara tersebut .
Contohnya jika melancong ke Sarawak, kita akan dapat mempelajari cara hidup
masyarakat Sarawak.
Oleh itu, melancong merupakan
satu aktiviti yang banyak memberikan faedah kepada kita.
.