Novel Songket Berbenang Emas : Nilai

Novel  Songket  Berbenang  Emas : Nilai 

NILAI

1.         Nilai kasih sayang - Kasih sayang  anak terhadap ibu bapanya – Contohnya: Dahlia amat menyayangi ibunya walaupun ibunya menghidap penyakit kemurungan.
Kasih sayang kakak terhadap adik-adiknya- Contohnya:  Dahlia sanggup keluar dari asrama semata-mata mahu menjaga adik-adiknya selepas ibunya dimasukkan ke hospital.

2.         Nilai keberanian - Embong berani membunuh ular sawa yang cuba membelitnya. - Dahlia berani terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said. 
 
3.         Nilai setia kawan - Kavita seorang yang setia kawan apabila dia sanggup membuat salinan nota – nota untuk diberikan kepada Dahlia yang kerap tidak hadir ke sekolah kerana masalah keluarganya. 

4.         Nilai pengorbanan - Dahlia sanggup berkorban demi menjaga adik-adiknya sewaktu emaknya dirawat di hospital. Dia sanggup ponteng sekolah kerana ingin menguruskan adik-adiknya dan menjaga adiknya, Anggerik yang sakit. Dahlia juga sanggup keluar dari asrama sedangkan hanya tinggal beberapa bulan lagi sebelum menduduki STPM.

5.         Nilai keikhlasan - Tauke Lim ikhlas membantu keluarga Dahlia tanpa mengharapkan sebarang balasan. Beliau juga ikhlas memberi hutang kepada keluarga Dahlia. Beliau ikhlas memberi wang sebanyak RM300 untuk perbelanjaan Dahlia di Universiti Malaya. Beliau ikhlas memberi sumbangan barang-barang sewaktu sambutan Maulidur Rasul yang diadakan di balai raya. 

6.         Nilai nasihat- menasihati - Haji Sulaiman menasihati penduduk Kampung Parit Haji Rais supaya mengamalkan sikap bekerjasama  dan sedia membantu jiran tetangga yang susah.  Cikgu Hisyam menasihati Dahlia agar ke sekolah kerana dia merupakan pelajar yang berpotensi untuk mendapat keputusan yang cemerlang dalam STPM. 

7.         Nilai kerjasama - Penduduk kampung bekerjasama setelah ditegur oleh Haji Sulaiman. Mereka bekerjasama membina rumah Embong yang roboh dilanda banjir. Penduduk kampung juga bekerjasama mengumpulkan wang untuk diserahkan kepada Dahlia yang akan melanjutkan pelajaran.

8.         Nilai keinsafan – Abu Bakar menyesal kerana terpengaruh oleh kawan-kawannya sehingga sanggup mencuri kambing milik bapanya.

9.         Nilai kegigihan - Dahlia gigih belajar di balai raya sewaktu rumahnya di landa banjir untuk mencapai kejayaan dalam STPM. Dahlia gigih belajar dengan menyiapkan kerja rumahnya walaupun terpaksa menguruskan adik-adiknya setelah emaknya dimasukkan ke hospital. 

10.       Nilai Ketabahan - Dahlia tabah mengharungi dugaan dalam hidupnya. Dia tabah apabila emaknya sakit dan abahnya dipatuk ular. Dahlia juga tabah apabila mendapat tahu neneknya mahu menjual tanah tempat tinggal mereka. 


.