Latar Masyarakat
1. Masyarakat kampung - Mereka tinggal di Kampung Parit Haji Rais. Haji Sulaiman merupakan ketua kampung di situ. Masyarakat kampung yang lain ialah Mak Aji, Aton, Embong, Tauke Lim dan lain-lain. Mereka hidup bekerjasama antara satu sama lain setelah dinasihati oleh Haji Sulaiman semasa gotong-royong untuk sambutan Majlis Maulidur Rasul.
2. Masyarakat guru - Cikgu Salwani (Warden asrama) dan Cikgu Hisyam, guru kelas Dahlia. Cikgu Salwani marah apabila Dahlia mengambil keputusan untuk keluar dari asrama. Cikgu Hisyam menasihati Dahlia supaya meneruskan persekolahannya kerana dia sorang yang bijak .
3. Masyarakat pelajar - Dahlia, Siti Wangi, Najib dan Kavita merupakan pelajar sekolah. - Mereka bersekolah di Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim. Mereka mewakili pelajar yang aktif dalam kokurikulum.
4. Masyarakat yang saling membantu – Haji Sulaiman selaku ketua kampung membantu keluarga Dahlia / Tempat Embong meluahkan perasaan. Tauke Lim membantu memberi hutang kepada keluarga Dahlia.
5. Masyarakat yang bertanggungjawab - Haji Sulaiman bertanggungjawab membantu anak buahnya, Embong yang menghadapi masalah.
6. Masyarakat remaja yang terpengaruh dengan rakan sebaya - Abu Bakar, adik Dahlia suka berseronok dengan rakan-rakannya dan tidak mahu membantu keluarga mereka yang menghadapi masalah. Dia hanya pulang ke rumah untuk menukar baju sahaja.
7. Masyarakat yang insaf akan kesilapannya - Abu Bakar insaf akan kesilapannya yang suka membuang masa dengan rakan-rakannya. Dia juga insaf akan kesalahannya yang telah mencuri kambing milik abahnya sendiri. Nek Kiah akhirnya insaf akan sikapnya terhadap keluarga Dahlia apabila Dahlia dan emaknya yang banyak membantu beliau ketika sakit sedangkan anak-anak yang selama ini amat disayangi langsung tidak menziarahinya.
8. Masyarakat yang tabah menghadapi dugaan hidup - Embong tabah menghadapi keadaan hidup mereka sekeluarga yang hidup dalam kemiskinan. Embong juga tabah apabila beliau tidak disukai oleh ibu mentuanya, Nek Kiah. Embong tabah apabila isterinya mengalami masalah mental.
9. Masyarakat yang penyayang - Embong sangat menyayangi anak-anaknya. Beliau sanggup bekerja dari pagi hingga malam untuk menanggung keluarganya. Dahlia juga amat menyayangi adik-adiknya. Dia sanggup ponteng sekolah apabila Anggerik sakit. Saleha juga merupakan emak yang penyayang. Semasa beliau sihat, beliaulah yang menjaga keperluan keenam-enam anaknya itu.
10. Masyarakat remaja yang terlibat dalam percintaan - Azhari mencintai Dahlia. Walaupun dia mengetahui Dahlia mempunyai emaknya yang menghidap tekanan mental dan hidup dalam kemiskinan namun akhirnya dia tetap melamar Dahlia . Najib juga mencintai Dahlia. Dia mengambil berat apabila Dahlia kerap ponteng sekolah.
.