Cuaca Panas : Nasihat Kepada
Orang Ramai
|
1. Cuaca panas
memberi tekanan fizikal kepada tubuh manusia. Kesan terhadap kesihatan boleh
jadi dari tahap sederhana (mild) kepada yang
boleh menyebabkan maut contohnya akibat strok haba.
|
|
2. Semua orang
berisiko menjadi mangsa cuaca panas. Walau bagaimanapun, terdapat kumpulan
yang lebih berisiko:
§ Mereka yang terbabit dengan kegiatan
aktiviti fizikal di luar seperti buruh, peladang, ahli sukan, tentera, polis
dan lain-lain.
§ Orang dewasa (berumur 40 tahun ke atas
mempunyai risiko 10 kali ganda berbanding dengan mereka yang lebih muda).
§ Kanak-kanak berumur 5 tahun ke bawah.
§ Penghidap penyakit sistem pernafasan.
§ Penghidap penyakit darah tinggi, jantung,
kencing manis dan penyakit kelenjar tiroid.
|
|
3. Risiko
bertambah jika mereka memakai pakaian yang tebal dan ketat yang menghalang
haba keluar daripada penyejatan/ pengeringan peluh.
§ Gejala cuaca panas melampau adalah :
§ Sakit kepala
§ Keletihan
§ Lemah tumpuan
§ Pening
§ Lemah otot–otot atau kekejangan
§ Mual dan muntah
|
|
4. Keadaan
yang terlalu teruk boleh menyebabkan dehidrasi (kekeringan), kekeliruan dan
tidak sedarkan diri (koma).
§ Cara mencegah atau mengurangkan kesan
terhadap kesihatan akibat cuaca panas melampau:
4.1 Anda Perlu :
§ Minum air kosong dengan banyak tanpa mengira
tahap aktiviti fizikal yang anda lakukan. Jangan tunggu sehingga anda dahaga.
§ Minum minuman isotonik kerana ia boleh
menggantikan garam dan mineral yang hilang semasa berpeluh.
§ Sejauh yang mana yang boleh, anda perlu
berada di dalam rumah/bangunan
§ Hadkan aktiviti luar
§ Kerap berehat
§ Mandi atau gunakan kipas angin untuk
menyejukkan tubuh badan anda
§ Pakai pakaian yang ringan, berwarna-terang
dan longgar.
§ Pakai topi atau payung yang besar
4.2 Elakkan:
§ Minum minuman yang mengandungi kafein,
alkohol, atau kandungan gula yang tinggi.
§ Membiarkan seseorang di dalam kereta yang
tertutup.
§ Bersenam dalam cuaca panas
|
|
5. Jika
anda mempunyai tanda-tanda masalah berkaitan dengan suhu panas,
ingat tip-tip di bawah;
§ Keluar dari kawasan yang panas
§ Tanggalkan pakaian yang ketat
§ Letakkan kain yang basah dan sejuk pada
badan
§ Gunakan kipas untuk sejukkan badan
§ Minum air setiap 15 minit
§ Dapatkan bantuan jika keadaan tidak dapat
dikawal
.
|