Usaha-Usaha Memelihara dan
Memulihara Bangunan Bersejarah
Idea-Idea
§
kerajaan perlu mendapatkan lebih banyak pengiktirafan daripada
badan dunia untuk mewartakan bangunan-bangunan bersejarah sebagai Warisan Dunia
§
kerajaan perlu mengekalkan bangunan-bangunan bersejarah walaupun
tempat tersebut mempunyai nilai komersial untuk pembangunan
§
kerajaan perlu mengekalkan tajuk mengenai bangunan-bangunan
bersejarah di Malaysia dalam buku teks untuk menjadi rujukan kepada murid-murid
sekolah
§
Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan perlu menjaga
struktur binaan bangunan-bangunan bersejarah supaya keunikan seni binaannya
dapat dikekalkan
§
Kementerian Pelancongan perlu memasukkan lebih banyak bangunan
bersejarah dalam pakej pelancongan untuk dipromosikan kepada masyarakat
antarabangsa
§
kerajaan perlu mengadakan pelbagai program untuk memelihara dan
memulihara bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia kepada masyarakat
§
kerajaan perlu menyediakan dana yang besar untuk mengekalkan
bangunan-bangunan bersejarah di Malaysia
§
pihak sekolah perlu melukis bangunan-bangunan bersejarah di
dinding sekolah untuk memupuk perasaan sayang dan bangga akan bangunan
bersejarah dalam kalangan murid-murid
§
pihak sekolah perlu mengadakan pertandingan menulis esei
mengenai usaha-usaha menjaga bangunan bersejarah kepada murid-murid sempena
menyambut bulan kemerdekaan negara di peringkat sekolah
§
kelab dan persatuan di sekolah perlu merancang program lawatan
ke tempat-tempat bersejarah yang terdapat di negara kita untuk memberi peluang
kepada murid-murid mengenali bangunan-bangunan bersejarah dengan lebih dekat
§
ibu bapa perlu membawa anak-anak semasa musim cuti sekolah ke
tempat-tempat yang menarik termasuk melawat bangunan bersejarah agar anak-anak
dapat melihat keunikan binaannya seterusnya mampu memupuk semangat patriotik
dalam diri mereka
§
ibu bapa perlu menceritakan sejarah mengenai bangunan-bangunan
bersejarah kepada anak-anak supaya anak-anak dapat menghargainya
§
media massa sama ada media cetak dan media elektronik perlu
membuat dokumentari mengenai bangunan-bangunan bersejarah sebagai tatapan
generasi akan datang