Sebab-Sebab
Perlunya Mematuhi Peraturan Sekolah
Setiap pelajar diwajibkan mematuhi undang- undang dan
peraturan yang terdapat di sekolah. Nyatakan pendapat anda tentang sebab- sebab
perlunya undang- undang dan peraturan sekolah dipatuhi oleh pelajar.
Pada era globalisasi ini, semakin ramai pelajar yang
tidak mematuhi peraturan dan undang- undang yang diamalkan oleh pihak sekolah.
Peraturan dan undang- undang sangat penting kepada semua pelajar. Kegagalan
mematuhi peraturan dan undang- undang membawa banyak kesan negatif terhadap
pelajar- pelajar.
Antara sebab perlunya undang- undang dan peraturan
sekolah dipatuhi oleh pelajar adalah untuk membentuk generasi yang dapat
mengelakkan diri daripada terjebak dalam gejala sosial. Jika tidak ada
peraturan dan undang- undang, tentulah pelajar- pelajar akan melibatkan diri
mereka dalam gejala sosial seperti merokok, mengambil dadah, mencuri dan
sebagainya. Ini akan melahirkan pelajar yang tidak berakhlak. Jelaslah bahawa
peraturan dan undang- undang sekolah harus dipatuhi supaya dapat mengelakkan
pelajar daripada terjebak dalam gejala sosial dalam peringkat awal lagi, bak
kata pepatah, “mencegah lebih baik daripada mengubati”.
Selain itu, peraturan dan undang- undang juga dapat
melahirkan seorang pelajar yang berdisiplin. Pelbagai peraturan seperti
menepati masa, menyiapkan kerja rumah, dan lain- lain perlu diamalkan. Dengan
ini, pelajar dapat belajar bersungguh- sungguh dan menumpukan perhatian dalam
pelajaran. Selanjutnya, mereka dapat memperolehi keputusan yang cemerlang dalam
peperiksaan. Bak kata pepatah, “sambil menyelam minum air” murid dapat
memperolehi keputusan yang cemerlang dan disiplin diri mereka dapat
ditingkatkan lagi. Hal ini jelas menunjukkan bahawa, peraturan dan undang-
undang dapat melahirkan pelajar yang berdisiplin.
Selanjutnya, peraturan dan undang- undang sekolah perlu
dipatuhi oleh pelajar untuk mengelakkan sebarang kemalangan. Misalnya, pelajar
harus mematuhi peraturan yang terdapat di kantin, kelas, makmal sains, bengkel
dan sebagainya. Jika pelajar tidak mematuhi peraturan yang ditetapkan tentulah
pelajar akan ditimpa kemalangan. Ini juga akan mewujudkan masalah- masalah yang
tidak diingini. Pendek kata, peraturan dan undang- undang dapat mengelakkan
kemalangan.
Di samping itu, peraturan dan undang- undang juga dapat
meningkatkan imej sekolah dan mutu pendidikan sekolah. Misalnya, murid- murid
berada dalam keadan yang senyap ketika belajar dapat memperolehi keputusan yang
cemerlang sekaligus ini akan meningkatkan imej sekolah. Bak kata pepatah,
“bagai sambil berdendang, biduk berhilir”. Benarlah bahawa peraturan dan
undang- undang dapat meningkatkan imej sekolah dan mutu pendidikan sekolah.
Intihanya, peraturan dan undang- undang sekolah perlu
dipatuhi oleh pelajar kerana peraturan ini dapat memberi banyak kebaikan. Pihak
berkuasa dan pihak sekolah harus berganding bahu, “bagai aur dengan tebing”,
dan melakukan perkara yang sepatutnya untuk memastikan pelajar mematuhi
peraturan sekolah.
.