Usaha-Usaha
Meningkatkan Industri Pelancongan Di Malaysia
Di Malaysia, industri pelancongan merupakan salah satu
punca pendapatan negara yang diperoleh melalui pengaliran masuk wang asing.
Malaysia juga terkenal dengan destinasi hub halal dan menjadi tumpuan pelancong
asing terutamanya, Asia Barat, Timur Tengah dan Asia Tenggara. Industri
pelancongan Malaysia merekodkan purat kemasukan pelancong asing sebanyak 2 juta
setahun. Oleh itu, terdapat pelbagai usaha yang dapat dilakukan untuk
meningkatkan industri pelancongan di Malaysia.
Usaha yang pertama ialah kerajaan perlu menyediakan
prasarana yang mencukupi, selesa, jimat dan mudah. Hal ini demikian kerana,
kemudahan ini memudahkan dan memberikan keselesaan kepada pelancong. Sebagai
contoh, kementerian pengangkutan bekerjasama dengan kementerian pelancongan
untuk menyediakan perkhidmatan seperti bas dan teksi dengan kadar yang
berpatutan serta cekap dan efisien. Pihak perhotelan pula seharusnya
menyediakan penginapan hotel yang selesa dan mengenakan bayaran yang
berpatutan. Syarikat pelancongan juga boleh menyediakan khidmat pemandu
pelancong untuk membimbing atau melayan pelancong asing ketika mereka berada di
Malaysia. Dengan itu, imej negara yang baik boleh ditunjukkan kepada pelancong.
Selain itu, kerajaan juga boleh mengurangkan cukai belian
barangan , peraturan imegresen perlu dilonggarkan dan menambah pusat
perkhidmatan tukaran wang asing. Hal ini demikian kerana, pelancong asing dapat
membeli belah di Malaysia dengan pembelajaan yang sederhana. Sebagai contoh,
Pulau Langkawi merupakan pulau bebas cukai yang menjadi destinasi pelbagai
peancong dari dalam mahupun luar negara. Di sana , mereka dapat membeli cenderahati,
pinggan mangkuk, kraftangan, dan coklat untuk di bawa pulang. Dengan itu,
pendapatan penduduk setempat bertambah dan mereka dapat meningkatkan taraf
hidup masing-masing.
Di samping itu, kerajaan dan rakyat Malaysia boleh
bergabung tenaga untuk mengadakan kempen promosi pelancongan di dalam dan di
luar negara. Kempen Cuti-Cuti Malaysia dan Tahun Melawat Malaysia telah
dijalankan setiap tahun bagi mempromosikan Malaysia. Rakyat Malaysia yang
berada di luar negara yang melanjutkan pelajaran juga boleh menjadi duta kecil
kepada Malaysia. Mereka boleh mempromosikan tempat-tempat yang menarik di
Malaysia seperti Pulau Langkawi, Pulau Redang, Cameron Highland dan banyak
lagi. Oleh itu, semua rakyat Malaysia memainkan peranan pentinng untuk
memajukan industry pelancongan.
Kesimpulannya, usaha dari semua pihak perlu bagi
meningkatkan industri pelancongan di Malaysia. Hal ini demikian kerana, usaha
dari satu pihak sahaja tida akan membuahkan hasil, seperti kata pepatah, tepuk
sebelah tangan tidak akan berbunyi. Jadi, untuk menjadi negara yang maju dalam
industri pelancongan memerlukan usaha yang berterusan dan sokongan daripada
seluruh rakyat Malaysia.