Kepentingan Bahasa
Kebangsaan Kepada Negara
Gunakanlah
bahasa kebangsaan kita
Marilah
amalkan ramai-ramai
Bahasalah
yang menyatukan kita semua
Yakinlah
bahasa jiwa bangsa
Rangkap
diatas merupakan sebahagian daripda lirik lagu ‘Bahasa Jiwa Bangsa’. Huraikan
kepentingan bahasa kebangsaan kepada negara kita.
Tingkap
papan kayu bersegi,
Sampan
sakat ke pulau angsa,
Indah
tampan kerana budi,
Tinggi
budi kerana bahasa.
Bahasa ini dipanggil dengan pelbagai nama, namun nama
yang popular ialah Bahasa Melayu dan Bahasa Malaysia. Bahasa Melayu juga
merupakan bahasa Austonesia dan mempunyai kaitan rapat dengan bahasa – bahasa
etnik yang dtuturkan di Nusantara seperti Malaysia, indonesia, Brunei,
Singapura, bahagian selatan Thai dan Filipina sehinggalah ke Pulau Cristmas di
Australia. Di Malaysia, bahasa Malaysia dinobatkan sebagai bahasa kebangsaan
selepas Malaysia bebas daripada belenggu penjajah selama beratus tahun
lamanya. Bahasa Malaysia telah diiktiraf dalam Perkara 152 (1)
Perlembagaan Persekutuan yang digunakan oleh semua masyarakat dalam semua
urusan seharian. Dengan itu, terdapat pelbagai kepentingan bahasa Malaysia
kepada negara kita.
Melaka
pernah menjadi saksi bahawa bahasa Malaysia digunakan sebagai bahasa
perantaraan atau lebih dikenali sebagai lingua franca semasa zaman
kegemilangannya dahulu. Semasa abad ke -15, Melaka dijadikan sebagai pusat
perdagangandan merupakan pelabuhan terkenal. Ramai pelancong dari seantero
dunia seperti Timur Tengah, Arab, India, negara-negara Eropah, Jawa , Bugis dan
sebagainya daatng untuk berdagang dan menyebabkan Melaka menjadi sebuah negeri
yang mempunyai masyarakat yang majmuk. Pada masa yang inilah, bahasa malaysia
dijadikan sebagai lingua franca untuk memudahkan komunikasi antara pedagang.
Hal ini demikian kerana, bahasa Malaysia mudah difahami dan bahasa ini juga
sebenarnya merupakan bahasa yang paling banyak meminjam daripada perkataan
bahasa lain. Sebagai contohnya, ‘zalim’ , ‘rezeki’ dipinjam daripada bahasa
Arab. Jika lingua franca tidak diwujudkan pedagang-pedagang tersebut
tidak akan memahami antara satu sama lain seperti ayam bercakap dengan itik.
Oleh itu, bahasa Malaysia penting dalam mewujudkan persefahaman dalam
masyarakat yang majmuk.
Seterusnya,
bahasa sebagai identiti negara yang seharusnya dibanggakan oleh seluruh rakyat
di Malaysia. Hal ini demikian kerana, melalui bahasa, negara kita terkenal
dengan negara yang berbudi dan berbahasa. Negara kita juga terkenal dengan
kepelbagaian etnik dan budaya serta kaum. Bagaimanakah kaum-kaum dan
etnik-etnik ini disatukan? Mereka disatukan di bawah satu bahasa yang dikenali
sebagai Bahasa Malaysia. Hal ini demikian kerana, tidak kira berbangsa Cina
atau India serta tidak kisah jika kita Orang Asli sekalipun, apabila kita
bernaung di bawah panji Malaysia kita wajar memartabatkan bahasa dan
mengekalkannya supaya bahasa Malaysia tidak hilang di bumi melayu. Jika kita
lihat negara-negara membangun seperti Jepun, Korea, Perancis mereka semua
menggunakan bahasa ibunda mereka untuk memajukan negara mereka sendiri. Jadi
mengapa kita tidak menjadikan mereka sebagai negara yang menjadi role model
untuk kita memajukan Malaysia? Dengan menjadikan negara-negara ini sebagai inspirasi
untuk membangunkan Malaysia , kita mestilah kita mestilah memartabatkan bahasa
Malaysia untuk memajukan Malaysia dengan identiti kita sendiri supaya kita
duduk sama rendah , berdiri sama tinggi dengan negara-negara yang maju.
Bahasa
sebagai alat perpaduan merupakan senjata paling ampuh untuk
merealisasikan Konsep 1 Malaysia yang diilhamkan oleh yang amat
berhormat, Perdana Menteri kita yang keenam iaitu Dato Seri Najib Tun Abdul
Razak. Beliau mewujudkan konsep ini kerana, melalui bahasa Malaysia kita mampu
mencapai persefahaman sesama rakyat tanpa mengira bangsa atau kaum. Bahasa
Malaysia sebagai bahasa perpaduan yang digunakan sebagai lambang penyatuan
suara rakyat Malaysia yang juga berfungsi sebagai alat untuk menyatupadukan
rakyat. Perpaduan negara kita dapat dilihat di mana-mana sahaja. Sebagai
contohnya, masyarakat Melayu sekarang ramai yanng mengusahakan perniagaan nasi
ayam yang menjadi lambang masyarakat Cina, manakala masyarakat India juga
banyak mengusahakan restoran yang menghidangkan makanan orang Melayu seperti
nasi lemak. Dengan itu, bahasa amat penting untuk menyatukanpadukan rakyat
malaysia agar negara sentiasa aman dan sentosa.
Bahasa
Malaysia berperanan sebagai bahasa penghantar ilmu mengetengahkan penggunaan
bahasa Malaysia sebagai bahasa penghantar di sekolah kebangsaan dan bahasa
ibunda lain seperti cina dan tamil di sekolah jenis kebangsaan. Selepas negara
kita bebas daripada cengkaman penjajah, bahasa Malaysia telah dinobatkan
sebagai bahasa kebangsaan dan penggunaannya diluaskan ke peringkat sekolah
menengah yang menjadi sekolah umum yang menggunakan bahasa Malaysia sebagai
bahasa penghantar rasmi sehingga ke hari ini.Pelaksanaan Memertabatkan
Bahasa Malaysia Memperkukuh Bahasa Inggeris (MBMMBI) dalam mata pelajaran Sains
dan Matematik yang telah dijalankann pada awal tahun 2012 telah memperlihatkan
hasil yang baik dalam penggunaan Bahasa Malaysia. Oleh itu, pelajar khususnya
harus mengangkat bahasa Malaysia ke persada antarabangsa.
Di
samping itu, keindahan bahasa Malaysia dapat dibuktikan dengan keberhasilan
menarik minat pelancong asing untuk datang ke negara kita. Hal ini demikian
kerana, terdapat Fakulti Bahasa Malaysia di luar negara dan mereka yang belajar
di fakulti ini dapat mempelajari tentang keistimewaan bahasa Malaysia serta
budaya Malaysia. Pelajar asing yang mengambil jurusan Linguistik akan minat
untuk mengkaji bahasa Malaysia. Tambahan pula, pertandingan Pidato Antarabangsa
yang dianjurkan oleh Dewan Bahasa dan Pustaka telah mendapat sambutan yang memberansangkan,
dimana peserta-peserta terdiri daripada beberapa buah negara seperti Korea,
Jepun, Thailand, Canada dan sebagainya. Ini menunjukkan bahawa bahasa Malaysia
sudah mendapat tempat di negara –negara lain dan mampu untuk menarik minat
mereka untuk datang ke Malaysia sama ada untuk melawat atau untuk menyertai
pertandingan yang membolehkan mereka belajar bahasa Malaysia. Oleh itu, bahasa
dapat menarik minat pelancong untuk datang ke Malaysia.
Kesimpulannya,
kita sebagai rakyat Malaysia wajar mengangkat bahasa Malaysia sebagai bahasa
yang boleh memajukan negara. Pelaksanaan MBMMBI juga merupakan satu kemenangan
kepada pejuang-pejuang bahasa yang tidak berputus asa bagi merealisasikan usaha
ini. Semua lapisan masyarakat tidak mengira umur, bangsa atau kaum harus
menyedari hakikat bahawa jika kita hendak maju seperti negara Jepun yang
menggunakan bahasa ibunda mereka sendiri, kita harus bermula dari sekarang.
Biarpun permulaannya agak perlahan namun jika kita sentiasa mengamalkannya dan
menerajuinya, kita mampu menjadi seperti negara Jepun bahkan lebih maju
daripadanya. Langkah ini diibaratkan seperti bayi yang baru merangkak hingga
menjadi seorang pemimpin yang berjaya. Adakah kita mampu melakukannya? Tepuk
dada , tanya selera.
.
.