Penyakit Demam Sawan
Apakah Penyakit Demam Sawan ?
la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.
la adalah serangan sawan yang dicetuskan oleh demam yang tinggi pada kanak-kanak berumur antara 6 bulan hingga 5 tahun.
Apa itu sawan ?
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.
Sawan adalah keadaan di mana kanak-kanak tidak sedarkan diri dan biasanya diikuti oleh kekejangan atau penyentakan kaki dan tangan.
Apakah yang perlu dilakukan jika anak anda mengalami sawan ?
Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.
Baringkan dia mengiring dan pastikan kepala pada paras yang sama atau lebih rendah daripada badan.
§ Catatkan
masa dan tempoh berlakunya sawan.
§ Jangan
sekali-kali cuba memasukkan sebarang benda ke dalam mulut.
§ Jangan
cuba sedarkan anak anda dengan menampar, menggoncang atau mengurut badannya.
§ Sekiranya
sawan itu berterusan anda boleh memasukkan ubat sawan melalui dubur
(suppositori diazepam). Sawan sepatutnya berhenti dalam tempoh 10 minit.
§ Bawa
anak anda ke hospital sekiranya sawan masih berterusan dalam tempoh 10 minit
selepas memasukkan ubat sawan.
Adakah ia sama dengan epilepsi (gila babi) ?
Tidak. Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja.
Tidak. Epilepsi ialah sawan tanpa demam dan biasanya berlaku pada kanak-kanak yang lebih dewasa atau peringkat remaja.
Adakah demam sawan menyebabkan epilepsi ?
99% pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.
99% pesakit demam sawan tidak akan mengalami epilepsi.
Adakah demam sawan menyebabkan kerosakan otak kekal?
Sangat jarang berlaku, kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.
Sangat jarang berlaku, kanak-kanak yang mendapat sawan yang berpanjangan (dalam tempoh lebih 30 minit) mungkin boleh mendapat kerosakan otak kekal.
Apakah penyebab demam sawan ?
Sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selsema atau jangkitan virus.
Sebarang penyakit bersama demam yang tinggi seperti batuk selsema atau jangkitan virus.
Adakah ia berulang ?
Ya. 3 daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi umur 3 tahun.
Ya. 3 daripada 10 kanak-kanak yang demam sawan akan mendapat serangan yang sama. Tetapi risiko mendapat demam sawan berkurang apabila melebihi umur 3 tahun.
Adakah anak itu merasa kesakitan semasa sawan
Tidak. Semasa anak itu tidak sedarkan din dan tidak menyedari apa yang berlaku.
Tidak. Semasa anak itu tidak sedarkan din dan tidak menyedari apa yang berlaku.
Apakah yang perlu dibuat jika anak anda demam ?
§ Periksa
suhu badan menggunakan jangkasuhu.
§ Bukakan
pakaian untuk menurunkan suhu badannya dan rendahkan suhu bilik
§ Lakukan
jelungan dengan air paip yang bersih pada keseluruhan tubuh untuk menurunkan
suhu badan. Elakkan dan menggunakan ketulan ais (air batu).
§ Beri
minum air secukupnya.
§ Berikan
ubat demam kanak-kanak dengan dos yang betui dan sekiranya anak anda tidak
boleh memakan ubat demam, anda. Boleh memberi suppositori paracetamol setiap
4-6 jam sekali:
Umur < 1 tahun 5 ml (120 mg)/l sup
1 hingga 3 tahun 10ml (240 mg)/2 sup
umur > 4 tahun 15 ml (360 mg)/3 sup
1 hingga 3 tahun 10ml (240 mg)/2 sup
umur > 4 tahun 15 ml (360 mg)/3 sup
Sekiranya anak anda masih kelihatan tidak sihat atau mengalami
sakit tekak atau sakit telinga bawa dia berjumpa doktor untuk pemeriksaan
lanjut. Antihiotik tidak semestinya diberikan kepada semua pesakit demam sawan.
Demam bersama sawan boleh berlaku disebabkan oleh penyakit
serius yang lain seperti radang otak (encephalitis) dan radang selaput otak
(meningitis) contoh: Japanese B Encephalitis (JE). Pesakit yang mengalami demam
dan sawan hendaldah menjalani pemeriksaan doctor.
.