Kepentingan
Mempelajari Mata Pelajaran Sejarah
Mata pelajaran Sejarah sering dikatakan susah oleh para
pelajar masa kini. Mereka tidak memahami bahawa Sejarah amat penting untuk masa
dpan negara.Jadi mereka yang gagal untuk mempelajari sejarah mereka pasti
mengulangi kesilapan orang kita pada masa dahulu. Dengan mempelajari sejarah
kita dapat mengenal asal usul kemunculan tulisan, bandar, sistem pemerintahan
dan sebagainya. Setiap rakyat malaysia khususnya anak muda harus mengetahui
latar belakang negara kita dan pembentukan negara malaysia itu sendiri kerana
ini merupakan sejarah negara kita.oleh itu, terdapat pelbagai kepentingan
mempelajari mata pelajaran sejarah.
Mengambil iktibar daripada peristiwa lalu
merupakan kepentingan mempelajari Sejarah. Hal ini demikian kerana, mereka yang
tidak mempelajari sejarah berkemungkinan mengulangnya dan membawa kepada
kejatuhan negara. Memetik kata-kata ahli falsafah george santayana mereka yang
melupai sejarah pasti akan mengulanginya. Kesilapan orang terdahulu sewajarnya
diambil berat dan bukannya dipandang enteng sahaja kerana kesannya amat
menyakitkan. Buktinya pada zaman pendudukan jepun orang kita terdahulu hidup
terseksa dan di bunuh tanpa belas kasihan akibat mempercayai janji palsu jepun.
Oleh itu, kita wajar mengambil iktibar daripada peritiwa lalu.
Selain itu, mempelajari sejarah dapat menimbulkan rasa
patriotisme dalam kalangan masyarakat. Hal ini demikian kerana, jika kita lihat
senario pada hari ini, masyarakat tidak lagi menghargai jasa-jasa pejuang tanah
air kita yang telah bersusah payah membebaskan negara kita daripada dijajah.
Akibat daripada itu semangat patriotisme semakin terhakis dalam diri masyarakat
kita terutamanya golongan remaja. Sambutan hari kemerdekaan juga sering tidak
diendahkan oleh para remaja hari ini kerana mereka menganggap sambutan itu
tidak mendatangkan apa –apa faedah sedangkan sambutan itu wajib diadakan untuk
menghargai jasa-jasa pejuang tanah air. Mereka harus sedar bahawa segala kesenangan
dan kebebasan yang mereka perolehi pada hari ini hasil usaha pewira-perwira
negara kita.nama mereka sentiasa meniti di bibir pejuang negara kerana harimau
mati meninggalkan belang manusia mati meninggalkan nama.
Seterusnya, kita dapat menyedari kepentingan
mengekalkan perpaduan kaum. Hal ini demikian kerana, kestabilan negara
bergantung kepada perpaduan masyarakat. Negara kita ibarat pokok dan rakyat
kita ibarat akar. pokok tidak akan berdiri kukuh tanpa akar begitu juga negara
kita. Jika rakyat bersatu padu, negara kita akan aman dan stabil, maka,
perpaduan dapat dikekalkan. Negara kita penah mencatatkan sejarah hitam selepas
merdeka iaitu tragedi persalahfahaman antara kaum pada 13 mei 1969. Tragedi ini
meragut banyak nyawa dan perpaduan negara pada masa itu ibarat telur di hujung
tanduk. Selepas terjadinya peristiwa hitam itu, kita mestilah sentiasa
memastikan bahawa perpaduan antara kaum itu dipelihara agar tragedi itu tidak
berulang kembali.
Tuntasnya,
kepentingan mempelajari mata pelajaran sejarah negara amat penting dalam
pembentukan masyarakat yang sentiasa menghayati dan menghargai jasa-jasa
pejuang tanah air yang berjuang untuk kebebasan kita pada hari ini. Jadi,
pelajar terutamanya tidak sewajarnya mengeluh untuk mempelajari
matapelajaran kerana di dalamnya terkandung 1001 iktibar, teladan serta
pengajaran untuk pedoman hidup.
.