Rasuah merupakan gejala yang sinonium dengan masyarakat
kita pada hari ini. Definisi rasuah secara literalnya bermaksud sogokan atau
secara konseptualnya bermaksud wang yang diberikan oleh orang tertentu kepada
pihak lain untuk menyembunyikan sesuatu perkara atau untuk mendapatkan sesuatu
denagn cara yang mudah dan cepat tetapi salah mengikut undang-undang negara.
Gejala ini merupakan duri dalam daging dalam kalangan masyarakat kita. Syed
Hussein al atas menyatakan bahawa rasuah sebagai penyalahgunaan kepercayaan
untuk kepentingan peribadi. Menurut Transparency International, Indeks Persepsi
Rasuah (CPI), malaysia berada pada tangga ke 47 daripada 180 buah negara pada
tahun 2008 dan keadaan ini amat membimbangkan kerana gejala rasuah ini memberi
kesan yang buruk kepada nama baik negara kita. Rasuah yang berleluasa juga
mencemarkan integriti dan maruah malaysia sekaligus menimbulkan kesan negatif.
Gejala rasuah di malaysia berada pada tahap sederhana dan
terkawal. Namun begitu, amalan rasuah masih berlaku dalam semua peringkat
kehidupan manusia. Amalan rasuah juga merupakan penyakit masyarakat yang sukar
diatasi kerana pengetahuan tentang keburukan gejala rasuah ini kurang diketahui
oleh masyarakat pada hari ini. Walau bagaimanapun, masyarakat sekarang yang
masih mengamalkan amalan rasuah ini harus sedar bahawa undang-undang negara
kita tidak akan memandang enteng amalan rasuah ini kerana perkara ini merupakan
amalan yang buruk yang boleh menggugat keamanan dan ketenteraman masyarakat
setempat mahupun negara. Pihak mahkamah akan menjatuhkan hukuman yang berat
kepada pembeeri dan penerima rasuah jika mereka ditangkap. Statistik terkini
menunjukkan bahawa bilangan kes rasuah yang disiasat meningkat dua kali ganda,
daripada 663 kes (2001) kepada 1317 (2006). Bilangan tangkapan juga meningkat
dari 318 (2001) kepada 564 (2006). Jika amalan ini masih berterusan, ia dapat
menggugat keutuhan masyarakat dan tidak mustahil suatu hari nanti negara kita
akan tergadai.
Setiap perkara yang berlaku pasti ada puncanya seperti
yang nyatakan dalam perumpamaan melayu, kalau tiada angin, masakan pokok
bergoyang. Salah satu puncanya ialah kurangnya didikan agama dan moral. Hal ini
demikian kerana, pegangan agama yang kuat mampu membendung gejala ini dan
setiap agama juga melarang penganutnya melakukan sesuatu yang boleh
memudarkeluarga, masyarakat dan negara. Orang yang tidak mempunyai iman yang
kuat senang terpengaruh dengan kebendaan dan sering mengejar kekayaan.
Mereka harus sedar bahawa setiap wang yang dibelanjakan hasil daripada rasuah
merupakan wang haram dan tidak boleh digunakan untuk keperluan harian
anak-anak. Hal ini demikian kerana, dalam agama Islam terutamanya, melarang
keras penganutnya melakukan amalan ini dan jika mereka membeli makanan daripada
wang hasil rasuah makanan itu haram diberikan kepada anak-anak untuk dimakan
kerana makanan yang haram dapat menggelapkan hati manusia. Oleh itu, didikan
agama amat penting dan merupakan asas untuk membendung segala masalah sosial
seperti rasuah.
Setiap punca masalah ynag berlaku pasti ada jalan
penyelasaiannya bak kata pepatah di mana ada kemahuan di situ ada jalan. Jika
kita ingin membendung gejala ini, pasti ada langkahnya. Ibu bapa dan guru perlu
menanamkan nilai murni dalam jiwa setiap anak tentang keburukan rasuah. Hal ini
demikian kerana, melentur buluh biarlah dari rebungnya. Ibu bapa sendiri
perlulah bersikap jujur kepada diri sendiri iaitu, ibu bapa sendiri perlulah
menjauhi amalan rasuah kerana jika ibu bapa yang melakukan rasuah dan cuba
untuk menasihati anak-anaknya untuk tidak melakukan perkara itu, nescaya anak
itu tidak akan mendengar nasihat ibu bapanya. Hal ini disebabkan oleh
ketidakcekapan ibu bapa untuk menanam atau memupuk nilai murni dalam diri
anak-anak mereka. Pihak guru juga boleh berkongsi maklumat terkini tentang
gejala rasuah ini kepada pelajar-pelajarnya sebagai pengetahuan juga sebagai
teladan dalam kehidupan seharian. Dengan itu, kerjasama daripada pihak ibu bapa
dan guru boleh melahirkan pelajar yang mempunyai nilai-nilai murni yang baik
dan benci kepada amalan rasuah.
Kesungguhan daripada pihak kerajaan untuk membendung
amalan ini juga amat penting. Kerajaan telah menggubal Pelan Integriti Nasional
PIN. Pelan
Integriti Nasional adalah
satu pelan atau rancangan yang dirancangkan serta dilancarkan oleh kerajaan Malaysia dengan fokus utamanya untuk menanam dan
memupuk budaya etika dan integriti di kalangan semua
lapisan masyarakat Malaysi. Institut
Integriti Malaysia (IIM), ditubuhkan sebagai agensi penyelaras dan pemantau
pelaksanaan Pelan Integriti Nasional (PIN). Objektif utama IIM ialah untuk
membangunkan sebuah bangsa Malaysia yang berintegriti, berdaya tahan dan
menghayati nilai-nilai murni sejagat.
Kedua dua in juga ditubuhkan bertujuan untuk memberikan kesedaran dan
pendidikan tentang keburukan rasuah. Pada tahun 2008, Rang Undang-undang
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah SPRM telah diluluskan di Dewan Rakyat dan ia
bermaksud SPRM diberi kuasa penuh untuk menghapuskan rasuah. Oleh itu, rasuah
merupakan penyakit yang perlu ditangani segera sebelum ia menjadi lebih serius.
Tuntasnya, semua pihak tidak kira pangkat atau harta,
mestilah bersatu dan menggembleng tenaga untuk memeastikan rasuah gejala yang
berjangkit ini dapat diatasi. Mencegah itu lebih baik dari mengubati.
Rasuah juga terjadi disebabkan faktor dalaman dan luaran. Rasuah juga
berlaku di mana-mana sahaja tanpa batas waktu dan tempat. Pihak berkuasa
terutamanya perlu mengelakkan diri daripada terlibat dengan gejala ini kerana
umum diketahui, ramai pihak berkuasa menerima rasuah dan tidak amanah
melaksanaknan tugas dan tanggungjawab. Harapan saya agar amalan rasuah ini
dapat dibanteras hingga ke akar umbi. Tindakan yang diambil hendaklah saksama
dan bukan sekadar terhadap golongan “ikan bilis” tetapi juga terhadap golongan
atasan. Mereka yang bersalah wajar dikenakan hukuman yang berat kerana telah
mereka telah menconteng arang kepada negara kita.
.