Kepentingan
Peraturan Di Sekolah
Mutahir ini,
masalah salah laku dan disiplin dalam kalangan pelajar semakin hangat
diperkatakan dari sehari ke sehari. Secara umumnya, kita telah mengetahui
kejayaan seseorang bermula daripada sikap peribadi yang dimiliki. Justeru itu,
untuk memiliki sikap yang baik dan disiplin diri yang mantap merupakan tonggak
utama kejayaan pelajar. Perlaksanaan peraturan sekolah kepada para pelajar
adalah salah satu cara mnelahirkan pelajar yang berjaya.
Antara
kepentingan peraturan di sekolah ialah mendidik pelajar supaya berdisiplin.
Mematuhi peraturan bukanlah untuk menyusahkan pelajar tetapi mendidik mereka
supaya peka dengan persekitaran. Sebagai contoh, ketika perhimpunan rasmi
pelajar di didik supaya menghormati majlis yang diadakan dengan menjaga tingkah
laku supaya sentiasa senyap dan memberi tumpuan.
Selain itu,
mematuhi peraturan dapat melahirkan pelajar yang berjaya. Dalam hal ini, bukan
sahaja sekolah malah negara juga turut berbangga kerana dapat membentuk modal
insan kelas pertama yang berkualiti sekaligus dapat menjadi pemagkin negara
pada masa akan datang. Disiplin dalam diri juga merupakan persediaan pelajar
sebelum memasuki alam perkejaan. Bak katapepatah melentur buluh biarlah dari
rebungnya.
Akhir sekali,
peraturan yang dilaksanakan dapat melahirkan pelajar yang bertanggungjawab
dalam nengurus masa, menghargai kemudahan pendidikan yang disediakan serta
insan disekeliling mereka. Hal ini dapat mendidik mereka supaya
bertanggungjawab dalam memikul amanah sebagai seorang pelajar. Sebagai contoh,
semua pelajar diminta hadir ke sekolah 5 minit awal sebelum waktu
persekolahan bermula. Ini menunjukkan bertapa pentingnya pengurusan masa.
Tuntas bicara,
pelaksanaan peraturan sekolah banyak memberi kebaikan kepada pelajar. Hal ini
bukan sahaja memudahkan guru untuk mengajar tetapi memdidik pelajar supaya
memiliki matlamat yang jelas untuk berjaya dan tidak menjadi seperti kapal
patah haluanya.