Kepentingan
Remaja Menyertai Kegiatan Sukarelawan
Di malaysia, terdapat pelbagai
pertubuhan sukarelawan yang diasaskan seperti MERCY, KDN, RELA dan sebagainya.
Pertubuhan sukarelawan bermaksud pertubuhan diasaskan oleh bukan badan kerajaan
atau NGO amat penting untuk membantu orang yang berada dalam kesusahan.
Pertubuhan sukarelawan selalunya membantu mangsa-mangsa yang ditimpa bencana
alam seperti banjir dan tanah runtuh. Pertubuhan ini berdiri tanpa sokongan
kewangan dan dana daripada kerajaan dan mendapat sumbangan daripada orang awam.
Pertubuhan ini ditubuhkan atas nama kemanusiaan dan insan yang berbakti secara
sukarela tidak mengharapkan ganjaran. Tan Sri Dr. Jemilah Mahmood merupakan
presiden MERCY Malaysia dan pertubuhan ini ditubuhkan berikutan perang di
Kosovo. Walaupun beliau pernah ditembak ketika membuat misi kemanusiaan,
semangat beliau tidak pernah luntur untuk membantu mangsa-mangsa ynag mengalami
musibah. Namun malangnya, pertubuhan ini kurang diminati oleh golongan remaja
walaupun peranannya sangat besar. Oleh itu, langka-langkah sewajarnya perlu
diambil.
Kepentingan menyertai kegiatan
sukarelawan ialah remaja dapat melengkapkan diri dengan ilmu pengetahuan.
Remaja semestinya tahu bahawa ilmu tidak diperoleh hanya di bilik kuliah atau
kelas semata-mata. Ilmu itu luas seperti lautan. Ilmu juga dapat diperolehi
melalui pengalaman dan penglibatan dalam kegiatan kemanusiaan. Contohnya,
Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) sering terlibat dalam membantu mangsa dalam
bencana alam seperti banjir. Ahli JPAM amat diperlukan untuk membawa
mangsa-mangsa banjir ke tempat yang selamat. Mereka harus mengorbankan nyawa
mereka sendiri untuk menyelamatkan nyawa orang lain. Mereka juga akan
menyediakn bantuan dari segi makanan, selimut dan lain-lain kepada mangsa.
Pengetahuan yang mereka dapat boleh mereka manfaatkan jika kejadian bencana
alam berulang lagi. Usaha mereka sewajarnya dihargai dan layak di beri pingat
keberanian kerana sanggup berkorban nyawa untuk menyelamatkan orang lain. Jadi,
pengalaman ynag diperoleh tidak dapat ditukar ganti dengan wang ringgit.
Selain itu, remaja digalakkan
menyertai kegiatan kesukarelawan untuk mengelakkan daripada terjebak dengan
gejala negatif. Jika kita lihat senario pada hari ini, ramai golongan remaja
terlibat dengan gejala negatif seperti lumba haram, lepak, vandalisme, ponteng
dan pelbagai lagi aktiviti ynag tidak sihat. Aktiviti tidak sihat seperti ini
boleh menghakis moral dan kesantunan remaja sekalian. Alangkah baiknya jika
mereka menyertai kegiatan kesukarelawan. Kudrat remaja yang kuat amat
diperlukan dalam pertubuhan sukarelawan kerana kebanyakan ahli-ahli pertubuhan
merupakan golongan yang berumur lingkungan 40 keatas dan semestinya kudrat
mereka tidak sekuat golongan remaja. Remaja juga dapat mengisi masa lapang
dengan aktiviti yang berfaedah serta dapat meningkatkan kesihatan fizikal dan
mental. Remaja yang menyertai aktiviti seperti ini akan dapat membuka minda
tentang kehidupan orang yang di timpa musibah dan dapat melahirkan rasa simpati
dan empati. Dengan itu, remaja dapat menjadi contoh kepada rakan sebaya yang
lain.
Remaja dapat mengasah bakat
kepimpinan dengan menyertai aktivi kesukarelawan. Aktiviti ini juga penting
untuk membentuk jati diri dan persiapan untuk kerjaya pada masa hadapan. Hal
ini demikian kerana, kebanyakan generasi muda gagal berkomunikasi dengan baik
di khalayak ramai. Mereka gagal untuk meyakinkan orang lain dan orang lain juga
susah untuk memberi sesuatu amanah atau tanggungjawab kepadanya. Apabila
golongan remaja ini menyertai aktiviti kesukarelawan mereka sebenarnya terdedah
kepada suasana luar yang terarah kepada kehidupan sebenar atau realiti
kehidupan. Secara tidak langsung golongan remaja ini dapat melatih diri mereka
untuk berkomunikasi dengan orang lain dan dapat membina keyakinan diri. Jika
mereka berkeyakinan, mereka boleh memimpin sesuatu organisasi atau kumpulan
yang ditubuhkan serta dapat membuta keputusan dengan tepat. Jadi, remaja yang
berkeyakinan ialah remaja yang boleh memimpin.
Di samping kepentingan menyerti
kegiatan kesukarelawan, terdapat beberapa langkah yang boleh dilakukan untuk
menarik minat remaja meyertai aktiviti ini. Kerajaan boleh menubuhkan skuad
muda melalui kerjasama dengan kementerian pendidikan dan pertubuhan sukarelawan
yang terdapat di malaysia. Pihak sekolah khususnya boleh menubuhkan kelab skuad
muda untuk memberi peluang kepada pelajar untuk berbakti kepada orang yang
mengalami kesusahan. Guru-guru boleh menggalakkan para pelajar meyertai kelab
ini dengan menerangkan kepentingan meyertai kelab seperti ini. Terdapat pelbgai
aktiviti yang boleh dilakukan oleh kelab ini antaranya melawat persatuann MERCY
malaysia, memberi bantuan kepada mangsa bencana alam di tempat yang berdekatan
dengan tempat tinggal mereka. Aktiviti seperti ini dapat menunjukkan suasana
dan realiti sebenar tentang aktiviti kesukarelawan. Jadi, golongan pelajar juga
boleh membantu dalam aktiviti kesukarelawan dan bukanya ahli sukarela sahaja.
Seterusnya, sumbangan dana kepada
penbangunan bidang kesukarelawan oleh orang awam atau kerajaan. Walaupun
pertubuhan kesukarelawn ini bukannya organisasi kerajaan tapi kita mestilah
saling membantu untuk kesejahteraan rakyat. Jika tiada dana atau sumbangan,
sesuatu organisasi itu susah untuk bergerak kerana organisasi terbabit
memerlukan dana untuk membeli keperluan untuk mangsa-mangsa bencana alam. Hal
ini demikian kerana bencana yang terjadi akan berlaku tanpa kita sedari bak
kata pepatah malang tidak berbau. Jika berlaku bencan alam, mangsa-mangsa tidak
akan sempat untuk menyelamatkan apa-apa, namun mereka dinasihati supaya
berjaga- jaga. Contohnya, kawasan yang sering berlaku banjir sentiasaa
dinasihati supaya bersedia dan pastikan dokumen penting dibawa bersama ketika
menyelamatkan diri. Oleh itu, sumbangan dan dana amat penting untuk memastikan
kelancaran sesuatu organisasi.
Tuntasnya,
kegiatan kesukarelawan ini amat penting bukan sahaja di dalam Malaysia bahkan
di seluruh dunia. Kita harus sedar bahawa Persatuan MERcy malaysia
merupakan persatuan sekarelawan pertama yang sampai di acheh ketika
bencana tsunami berlaku di sana. Ini menunjukkan bahawa rakyat malaysia
merupakan rakyat yang prihatin dan sedia membantu tanpa mengira negara. Misi
kemanusiaan lain seperti di iran, afghanistan, kosovo dan sudan merupakan misi
kemanusiaan ynag diterajui oleh seorang wanita ynaag tidaak pernah mengenalm
erti putus asa dan sentiasa berkobar-kobar untuk menyelamatkan mangsa-mangsa
bencana. Oleh itu, negara kita memerlukan golongan remaja iaitu aset negara
untuk menerajui persatuan tersebut atau menubuhkan persatuan sukarelawan lain
dan meneruskan kegemilangan ynag telah dikecapi. Jadi golongan remaja harus
menggenggam bara api biar sampai jadi arang untuk meneruskan kegiatan
kesukarelawan dan bukannya hanya hangat-hangat tahi ayam.
.