Latihan Tatabahasa : Maksud Peribahasa
Beri
maksud peribahasa di bawah:
1. genggam bara api biar sampai jadi arang
2. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
3. malas bergarit perut perit
4. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
5. seperti anai-anai makan kayu
6. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
7. bagai beliung dengan asahan
8. biduk berlalu kiambang bertaut
9. buang yang keruh ambil yang jernih
10. cubit peha kanan peha kiri terasa juga
2. kalau tidak dipecahkan ruyung, manakan dapat sagunya
3. malas bergarit perut perit
4. malu berkayuh perahu hanyut, malu bertanya sesat jalan
5. seperti anai-anai makan kayu
6. yang bulat tak datang bergolek, yang pipih tak datang melayang
7. bagai beliung dengan asahan
8. biduk berlalu kiambang bertaut
9. buang yang keruh ambil yang jernih
10. cubit peha kanan peha kiri terasa juga
Jawapan: Melakukan sesuatu pekerjaan biarlah
sehingga mendapat hasil.
2.
Jawapan: Kita tidak akan mendapat hasil jika
kita tidak berusaha.
3.
Jawapan: Sikap malas berusaha akan menyebabkan
kita mendapat kesusahan.
4.
Jawapan: Orang yang malas tidak akan maju.
5.
Jawapan: Mengerjakan sesuatu pekerjaan dengan
tekun dan rajin.
6.
Jawapan: Sesuatu hasil yang dihajatkan
mestilah diikuti dengan usaha yang rajin kerana rezeki tidak datang dengan
sendiri.
7.
Jawapan: Perhubungan sahabat yang sangat
rapat.
8.
Jawapan: Dua pihak yang bergaduh akan
berbaik-baik semula apabila tiada penghasutnya.
9.
Jawapan: Melupakan perkara yang tidak baik dan
mengingati perkara yang baik sahaja.
10.
Jawapan: Jika orang yang rapat dengan kita
mendapat kesusahan, kita akan merasakan kesusahan itu juga.
.