Garis Panduan Penjagaan Kesihatan Semasa
Banjir
Banjir adalah keadaan
di mana air telah naik melebihi paras bahaya dan diisytiharkan banjir oleh
pihak berkuasa.
Masalah-Masalah Yang Berlaku Semasa Banjir
Banjir boleh
mendatangkan masalah / bahaya seperti :
§
Lemas
§
Terdedah kepada berbagai jenis kecederaan seperti terpijak benda
tajam atau terjatuh ke dalam longkang
§
Terkena renjatan elektrik
§
Terdedah kepada jangkitan penyakit seperti taun, cirit-birit dan
demam kepialu
Tindakan Yang Perlu Anda Lakukan Semasa Banjir
§
Jauhi tempat-tempat yang dilanda banjir
§
Pindah segera ke pusat pemindahan apabila diarah oleh pihak
berkuasa
§
Matikan semua punca bekalan elektrik apabila berpindah
§
Tidak menyentuh dawai elektrik yang terjatuh di kawasan banjir
Bagaimana Kita Boleh Menjaga Kesihatan Ketika
Berada Di Pusat Pemindahan?
§
Sentiasa minum air yang telah dimasak
§
Makan makanan yang dimasak sahaja. Elakkan memakan makanan
mentah seperti sayur-sayuran yang belum dimasak dan ulam-ulaman
§
Tudung semua makanan dan jangan makan makanan yang terdedah
§
Jaga kebersihan diri dan kawasan sekeliling :
§
Basuh tangan sebelum makan dan selepas ke tandas
§
Guna tandas yang sempurna
§
Buang sampah di tempat yang betul
§
Dapatkan suntikan vaksin mengikut nasihat doktor
§
Dapatkan rawatan segera sekiranya anda mengalami cirit-birit dan
muntah-muntah
.