Aktiviti
Badan Beruniform dan Faedahnya
Kementerian
Pelajaran Malaysia telah mendominankan kokurikulum dalam sistem
pendidikan nasional. Langkah ini secara eksplisit menerangkan
kokurikulum sebagai simbolik kepada kemasukan ke Institut
Pengajian Tinggi Awam (IPTA). Oleh itu, badan-badan beruniform seperti Kadet
Pertahanan Awam, Kadet Remaja Sekolah dan sebagainya mula dipromosikan dalam
arus pendidikan negara.
Faedah-faedah yang boleh didapati apabila para pelajar menyertai badan beruniform adalah dapat memapankan ketahanan diri. Dalam usia yang setahun jagung, banyak cabaran yang perlu ditongkah bahkan, formula ketahanan diri tersebut juga perlu diaplikasikan pada masa hadapan. Aktiviti-aktiviti lasak yang sudah termaktub dalam silabus badan beruniform seperti 'flying-fox', 'night-walk' dan seumpamanya merupakan pendekatan awal bagi membuka kotak penerimaan pelajar terhadap kepentingan hal ini.
Di samping itu, penyertaan pelajar dalam unit
beruniform berpotensi memangkinkan semangat kerjasama ibarat aur
dan tebing dan pembentukan disiplin mereka. Hal ini dapat dibuktikan
melalui penglibatan pelajar yang mendesak ketepatan masa yang tinggi seperti aktiviti
kawad kaki. Aktiviti tersebut memerlukan gemblengan tenaga
yang maksimum daripada ahli-ahli pasukan bagi menghasilkan formasi yang mantap.
Oleh itu, para pelajar yang menyertai badan beruniform sering masyhur dengan
ketepatan masa dan disiplin yang tinggi.
Persis peribahasa melentur buluh biarlah dari
rebungnya, para pelajar juga akan diasuh tentang ilmu asas kecemasan.
Perkara ini sangat berfaedah kerana apabila berlaku sebarang kecederaan, para
pelajar boleh tampil menghulurkan bantuan. Tamsilnya, Persatuan Bulan
Sabit Merah (PBSM) merupakan unit utama di sekolah yang bertindak
menyebarkan wadah kesihatan kepada ahli-ahlinya dan umum.
Maka, tindakan ini dilihat sangat efektif demi memansuhkan kedaifan
akal pelajar tentang ilmu kesihatan.
Akhirulkalam, semua pelajar wajib menyertai kegiatan
kokurikulum untuk kemenjadian masa depan. Elakkan daripada
tertumpu kepada kurikulum sahaja. Para pelajar perlu sedar akan faedah
yang terbentang justeru mereka harus mengikuti perkembangan sistem pendidikan
untuk faedah diri sendiri.
.