Drama Berkhidmat Untuk Negara : Sinopsis (Komsas Tingkatan 4)
Drama ini mengisahkan Aiman, seorang pelajar yang berusia 16 tahun yang
memberikan pelbagai alasan untuk tidak menyertai Program Latihan Khidmat Negara
(PLKN). Oleh sebab berasal daripada keluarga yang berada dan sudah biasa hidup
dalam kemewahan, Aiman beranggapan bahawa PLKN mungkin akan menggugat zon
keselesaannya. Walaupun ibu Aiman, Masnah memihak kepada Aiman agar tidak
menyertai PLKN, namun ayahnya Khir Ghazali memberi galakan dan kata-kata
perangsang kepada Aiman untuk menyertainya. Selain Khir Ghazali, watak posmen,
Nora, Sundarani, Ah Tiau, Syuhada dan Cikgu Dahari turut memberikan dorongan
kepada Aiman untuk menyertai Khidmat Negara.
Akhirnya, setelah melayari laman sesawang yang memaparkan kejayaan
pelajar senior yang menyertai dan menerima anugerah PLKN , hati Aiman terbuka
untuk menyertai PLKN dan dia bertekad untuk membuktikan sikap berdikari dan
semangat cinta akan tanah air.
.
.