Demam Denggi
Demam denggi adalah sejenis
penyakit jangkitan virus yang merebak melalui gigitan nyamuk Aedes aegypti yang
telah dijangkiti.
Terdapat empat (4)
jenis virus yang boleh menyebabkan demam denggi (DEN 1, DEN 2, DEN 3 dan DEN
4).
Jangkitan oleh salah
satu jenis virus akan memberikan imuniti terhadap virus jenis itu sahaja, jika
individu tinggal di kawasan jangkitan denggi, mereka boleh di jangkiti lebih
dari sekali seumur hidupnya.
Bagaimanakah untuk mengetahui
saya berkemungkinan menghidap demam denggi?
Pesakit akan mengalami
tanda-tanda dan gejala selepas 5-6 hari gigitan nyamuk seperti:
§
Demam panas
§
Sakit kepala
§
Sakit tulang belakang
§
Sakit sendi-sendi
§
Loya dan muntah-muntah
§
Sakit biji mata
§
Ruam
Apakah yang akan terjadi
sekiranya saya tidak mendapatkan rawatan?
Demam denggi terdiri
daripada demam denggi biasa atau demam denggi berdarah yang boleh membawa maut.
Demam denggi berdarah
mempunyai tanda-tanda di atas dan juga pendarahan seperti:
§
Mudah lebam
§
Pendarahan di bawah kulit, pada hidung atau gusi
§
Ia boleh diikuti dengan pendarahan seluruh badan yang juga
membawa maut
Apakah rawatan untuk demam
denggi?
Masih tiada rawatan
khas untuk demam denggi. Pesakit yang mengalami tanda-tanda dan menunjukkan
gejala-gejala demam denggi hendaklah mendapatkan rawatan segera. Pesakit akan
diberikan ubat demam dan dinasihatkan berehat serta digalakkan minum air.
Pesakit akan dimasukkan ke dalam wad sekiranya disyaki menghidap demam denggi
berdarah.
Apakah perlu saya lakukan untuk
mencegah demam denggi?
Terdapat pelbagai
jenis cara untuk mencegah demam denggi :
1. Memastikan tiada
tempat pembiakan nyamuk
§
Membuang bekas yang boleh menakung air
§
Pastikan tangki air, bekas tadahan hujan seharusnya ditutup
§
Pastikan pasu-pasu bunga dan bekas tadahan dibuang airnya
sekurang-kurangnya seminggu sekali
§
Pastikan saliran atap sentiasa mengalir
§
Membela ikan di dalam kolam ikan untuk mengurangkan
jentik-jentik
2. Menggunakan semburan
serangga untuk membunuh nyamuk
3. Mengambil
langkah-langkah melindungi diri untuk mengelakkan gigitan nyamuk seperti
§
Pastikan tingkap dan pintu sentiasa ditutup
§
Sapukan ubat penghalau nyamuk pada anggota terdedah kepada
gigitan nyamuk
§
Memakai baju berwarna cerah dan berlengan panjang dan seluar
panjang sewaktu keluar rumah
§
Pasangkan ubat lingkaran nyamuk dan ubat nyamuk elektrik di
kawasan tertutup
.