Novel
Songket Berbenang Emas : Latar Tempat
Latar Tempat
1. Padang
bola jaring - Dahlia berlatih bola
jaring bersama dengan rakannya, Siti Wangi.
2. Kantin
– Tempat Azhari menunggu Dahlia.
3. SMK Tun Ismail – lima kilometer dari
kampung halaman, tempat Azhari dan Dahlia pernah belajar sewaktu Dahlia
Tingkatan satu dan Azhari Tingkatan Lima.
4. Sekolah Menengah Temenggung Ibrahim-
Dahlia menimba ilmu sebagai pelajar tingkatan enam. Dia tinggal di asrama
sekolah ini.
5. Bilik Kerjaya- Dahlia bertemu dengan
Cikgu Hisyam di bilik ini, Cikgu Hisyam mendapat tahu masalah Dahlia daripada
Kavita.
6. Kebun
getah - 20 meter dari rumah seluas lima
ekar tempat Saleha menoreh getah.
7. Kampung Parit Haji Rais – Tempat tinggal
Dahlia. Di sini, Dahlia menjaga adik-adiknya, Melati, Kiambang, Mawar, dan
Anggerik setelah emaknya dirawat di hospital.
8. Hospital Batu Pahat (Wad 6) - Tempat Saleha dibawa untuk mendapatkan
rawatan pada peringkat awal
9. Hospital
Batu Pahat (Wad 4) - Ayah Dahlia dirawat di hospital ini setelah dipatuk ular.
10. Hospital Permai, Johor Bahru – Tempat emak
Dahlia dirawat di bilik 16. Di sini juga Azhari bekerja sementara setelah
mendapat segulung ijazah.
11. Sungai –kira-kira 45 meter dari rumah
Dahlia - Dahlia cuba menyelamatkan Said yang lemas di sungai ini.
12. Kebun kelapa sawit di Parit Haji Kadir-
Kira-kira dua kilometer dari rumah
Dahlia di sinilah Embong memotong kelapa sawit setelah pulang dari rumah Aton.
Di kebun kelapa sawit inilah ular sawa telah membelit Embong.
13. Sekolah Kebangsaan Jelotong- Said dan Melati
bersekolah di sini.
14. Rumah Aton kira-kira 150 meter dari rumah
Dahlia. - Dahlia disindir oleh Aton kerana dikatakan Dahlialah yang menyebabkan
Said mati lemas.
15. Balai raya Kampung Parit Haji Rais-
Beberapa orang penduduk bergotong – royong semasa majlis sambutan Maulidur
Rasul. Selain itu, di sini juga menjadi tempat pemindahan mangsa banjir yang
berlaku di kampung Dahlia.
.