Novel Songket Berbenang Emas : Watak dan Perwatakan

Novel  Songket  Berbenang  Emas : Watak dan Perwatakan

Watak Utama

Dahlia

1.         Anak sulung - harapan keluarga mempunyai lima orang adik.

2.         Seorang yang bakal menduduki STPM- Pelajar di Sekolah Menengah Kebangsaan Temenggung Ibrahim.

3.         Tertekan dengan masalah yang menimpa keluarganya.

4.         Seorang yang bijak - Cikgu Hisyam yakin Dahlia akan cemerlang dalam STPM. Dahlia merupakan pelajar harapan sekolah. Dahlia mendapat tawaran untuk melanjutkan pelajaran di Jepun.

5.         Hidup dalam suasana kemiskinan – berhutang dengan Tauke Lim.

6.         Seorang yang tidak sombong – melayan Aton yang menyindirnya ketika dihantar pulang oleh Azhari.

7.         Seorang yang taat akan perintah Allah- berdoa selepas sembahyang Isyak.

8.         Seorang yang penyayang – sanggup keluar dari asrama untuk menguruskan adik-adiknya.

9.         Seorang yang menghormati tetamu – memberi layanan yang baik kepada tetamu menghidangkan air walaupun neneknya tidak suka akan keluarganya.

10.       Seorang yang menjaga tatasusila budaya – akur kepada budaya Melayu yang melarang keras perbuatan membantah kata-kata orang tua.

11.       Seorang yang berani -  Dahlia terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan Said.

12.       Seorang yang berjiwa kuat dan mampu menghadapi setiap dugaan.

13.       Seorang yang bertanggungjawab- Dahlia bertanggungjawab menjaga makan minum abah dan adik-adiknya setelah emaknya dirawat di hospital.    

Watak Sampingan

Saleha

1.         Ibu Dahlia.

2.         Berumur 39 tahun.

3.         Mempunyai enam orang anak (Dahlia, Melati, Kiambang, Mawar, Anggerik dan Abu Bakar)

4.         Menghidap penyakit kemurungan akibat terkena buatan orang.

5.         Bekerja sebagai penoreh getah.

6.         Seorang yang penyayang - semasa sihat, beliau yang menjaga semua keperluan anak-anaknya.

Embong

1.         Bapa Dahlia

2.         Berasal dari Melaka.

3.         Seorang ketua keluarga yang bertanggungjawab. Beliau tidak mahu anak-anaknya berhenti sekolah dan mengatakan beliau akan bertanggungjawab menyara kehidupan mereka walaupun isterinya sakit.

4.         Seorang yang penyayang sangat menyayangi isteri dan anak-anaknya.

5.         Seorang yang percaya akan kehendak takdir – Isterinya menjadi kurang siuman.

6.         Seorang yang penyabar - Sanggup dihina oleh ibu mentuanya sendiri kerana hidup miskin.

7.         Seorang yang mementingkan ilmu untuk anak-anaknya – menyuruh Dahlia pergi ke sekolah dan akan menguruskan hal adik-adik Dahlia.

8.         Seorang yang berani - Embong berani membunuh ular sawa yang membelit badannya. 

Azhari

1.         Berkumis nipis, bermuka bulat, tinggi  dan kacak.

2.         Pelajar senior di sekolah Dahlia iaitu Sekolah Menengah Tun Ismail.

3.         Berpendidikan tinggi - baru mendapat segulung ijazah.

4.         Suka akan Dahlia

5.         Seorang yang suka memberi nasihat- menyuruh Dahlia belajar bersungguh-sungguh.

6.         Seorang yang pandai memujuk- Dia pandai memujuk Dahlia agar menerima lamarannya. 

Siti Wangi

1.         Sahabat Dahlia

2.         Bermuka bulat dan sentiasa ceria   

Tauke Lim 

1.         Berbangsa Cina

2.         Seorang yang suka membantu keluarga Dahlia - sanggup membantu keluarga Dahlia dengan memberi hutang. Beliau juga sanggup memberi wang kepada Embong untuk dibayar kepada Nek Kiah yang berhasrat menjual tanah tempat mereka tinggal.

3.         Seorang yang baik budi kerana memberi keluarga Dahlia berhutang

4.         Seorang yang prihatin akan masalah orang lain- Sangat prihatin atas nasib keluarga Embong 

5.     Seorang yang pemurah -  menyumbangkan barang-barang untuk sambutan Maulidur Rasul.
Beliau juga memberi wang sebanyak RM300 kepada Dahlia yang akan  melanjutkan pelajaran di Universiti Malaya sebelum ke Jepun.

6.         Seorang yang setia kawan – menganggap dia dan Embong sudah berkawan lama.

7.         Seorang yang pandai bergaul- Walaupun Tauke Lim berbangsa Cina tetapi beliau amat disenangi oleh orang-orang kampung kerana pandai bergaul.

Nek Kiah

1.         Ibu Saleha

2.         Suka membandingkan antara anaknya - Nek Kiah suka membandingkan anak-anaknya dengan keluarga Dahlia yang hidup dalam kemiskinan. Nek Kiah lebih menyayangi cucu-cucunya yang lain.

3.         Tidak suka akan keluarga Dahlia kerana hidup dalam kemiskinan – Nek Kiah tidak suka akan keluarga Dahlia. Apabila keluarga Dahlia dalam kesusahan, dia langsung tidak membantu malah menyalahkan Saleha yang berkahwin dengan Embong yang tidak diketahui asal usulnya.

4.         Seorang yang pemarah

5.         Seorang yang suka mempercayai perkara tahyul- Nek Kiah mengatakan rumah Dahlia ada hantu. Dia menggores kapur di setiap pintu kerana dipercayai boleh menghalau hantu.


6.         Seorang yang mementingkan diri- Nek Kiah tidak mengambil tahu akan keperitan hidup cucunya setelah Saleha dimasukkan ke hospital.  

.