Novel
Songket Berbenang Emas : Sinopsis Keseluruhan
Novel ini mengisahkan kehidupan Dahlia, seorang
murid yang cerdik dan disenangi oleh teman-temannya. Namun, Dahlia menghadapi
masalah keluarga sehingga mengganggu tumpuannya terhadap peperiksaan STPM yang
bakal didudukinya. Sebagai anak sulung, Dahlia terpaksa memberikan perhatian
kepada adik-adiknya setelah pelbagai masalah melanda keluarganya. Ibunya,
Saleha dirawat di Hospital Permai kerana mengalami masalah tekanan mental.
Ayahnya dipatuk ular sehingga dimasukkan ke wad selama beberapa hari. Adik
lelakinya pula terpengaruh dengan kawan-kawan sehingga tidak berminat untuk
belajar. Situasi ini telah menyebabkan Dahlia terpaksa keluar dari asrama untuk
menjaga adik-adiknya. Tekanan hidup Dahlia semakin bertambah apabila
hubungannya dengan Azhari dipandang serong oleh jirannya. Tindakan berani
Dahlia terjun ke sungai untuk menyelamatkan Said tidak dihargai, malah dicemuh
pula kerana gagal menyelamatkannya. Walau bagaimanapun, Dahlia tetap tabah
menghadapi dugaan. Hadiah atas kesabarannya menghadapi pelbagai dugaan hidup
ialah kejayaan Dahlia yang dapat melanjutkan pelajaran ke Jepun dan
pertunangannya dengan Azhari.
.