1.
Pengenalan
Maksud Dasar Luar
Dasar
luar negara bermaksud dasar kerajaan terhadap negara-negara lain. Dasar luar
dapat didefinisikan sebagai matlamat, rancangan dan tindakan yang dijalankan
oleh sesebuah negara dalam usaha untuk berhubung dengan sesebuah negara yang
lain. Urusan dasar luar negara dibawah kuasa Wisma Putra
Matlamat dasar Luar Malaysia / Kepentingan
Malaysia mempunyai
dasar luar yang tersendiri iaitu berbaik-baik dengan semua negara. Antara
matlamat dasar luar Malaysia ialah menjamin keselamatan rakyat dan negara,
memelihara kepentingan nasional dan mengekalkan kedaulatan negara.
Selain
itu ia juga menggalakkan pembangunan dan kemajuan ekonomi serta mengekalkan
keamanan melalui kerjasama antarabangsa. Selain itu dasar luar negara juga
adalah untuk menjadi warga global yang bertanggungjawab dan peka terhadap usaha
memupuk kesejahteraan dunia.
Bentuk Dasar Luar Malaysia / Bentuk Hubungan
Luar
(i) Hubungan Bilateral
Bilateral merujuk
kepada hubungan secara terus dengan negara tertentu, sebagai contoh
hubungan Malaysia dengan negara jiran seperti Indonesia. Hubungan luar
juga diadakan dengan negara Asia yang lain, Amerika Latin,
Afrika
serta negara maju seperti Britain.
(ii)
Hubungan Multilateral
Hubungan multilateral
ialah hubungan dalam bentuk kumpulan dan pertubuhan seperti
ASEAN,Komanwel ,OIC dan sebagainya.
Faktor Sejarah
Sejak
Zaman Kesultanan Melayu Melaka telah terjalin hubungan dengan negara luar
seperti China, Arab, Siam dan Kepulauan Melayu .Hubungan luar ini dalam bentuk hubungan
perdagangan .Pada masa ini telah terjalin hubungan Melayu serumpun
di Kepulauan Melayu termasuklah Indonesia, Brunei, Singapura dan Malaysia.
Selepas merdeka, Malaysia menyertai pertubuhan Komanwel seperti
Australia dan New Zealand dan meneruskan hubungan diplomatik dengan Britain,
Australia dan New Zealand. Pada masa Malaysia diancam oleh fahaman komunis
(PKM) yang menggugat keselamatan negara mendorong Malaysia mengamalkan dasar
luar yang pro-Barat dan antikomunis. Malaysia juga perlu bergantung kepada
negara Barat kerana belum mampu dari segi pertahanan.
Faktor Ekonomi
Malaysia mengamalkan
ekonomi pasaran bebas dan dengan itu berbaik-baik dengan negara-negara
lain untuk memajukan ekonomi. Pada zaman penjajah , Malaysia yang merupakan
pengeluar getah dan bijih timah telah menjalin hubungan dengan Britain dan
Amerika Syarikat. Setelah merdeka, Malaysia masih memerlukan pasaran dan
modal dari negara-negara tersebut. Selain itu Malaysia mengambil beberapa
langkah bagi menggalakkan pelaburan asing. Ini diharapkan dapat meningkatkan
ekonomi negara dan menyediakan peluang pekerjaan. Selain itu menjelang tahun
1980-an, melalui Dasar Pandang ke Timur, pelaburan asing digalakkan dari
negara-negara Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan. Pada masa yang sama Malaysia
juga menjalin hubungan baik dengan negara-negara sedang membangun dan negara
Islam bagi meningkatkan pasaran barangan keluaran Malaysia dan mengadakan
pelaburan di negara tersebut.
Sebagai
sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi
berparlimen, Malaysia berhak menentukan hala tuju masa depannya sendiri
berdasarkan prinsip-prinsip keamanan sejagat. Dasar luar Malaysia juga
menekankan pemeliharaan kedaulatan negara-negara lain. Contohnya dasar
Malaysia yang menyokong Palestin bagi mewujudkan
keamanan di rantau Asia
Barat. Malaysia juga
berpegang teguh pada prinsip-prinsip dan Piagam Pertubuhan Bangsa-bangsa
Bersatu (PBB) bagi memelihara keamanan dunia. Oleh itu Malaysia tegas
dengan pendiriannya menyokong semua resolusi yang telah diambil oleh PBB bagi
mencapai dan mengekalkan keamanan dunia.
Faktor Geografi
Malaysia mempunyai
kedudukan yang strategik di Asia Tenggara dan bersempadan dengan negara
seperti Singapura, Thailand, Indonesia, Filipina dan Brunei. Perairannya
juga menjadi laluan utama kapal-kapal perdagangan di dunia.
Dengan
itu, keselamatan negara serantau akan mempengaruhi dan meninggalkan kesan
terhadap keselamatan Malaysia.
Faktor Demografi
Malaysia telah
menjalinkan hubungan diplomatik yang baik dengan negara-negara Islam sejajar
dengan penduduknya yang majoriti beragama Islam. Malaysia tidak
mengadakan hubungan diplomatik dengan negara Israel disebabkan dasar
negara berkenaan menceroboh dan menindas peribumi Palestin. Rakyat Malaysia
yang terdiri daripada pelbagai kaum dan agama diberikan kebebasan sepenuhnya
untuk mengamalkan budaya hidup dan agama masing-masing. Amalan konsep perpaduan
dan sikap komited terhadap hak asasi manusia menyebabkan Malaysia menentang
keras Dasar Aparteid yang diamalkan di Afrika Selatan. Malaysia juga
tidak mengadakan sebarang hubungan diplomatik dengan negara berkenaan
sehinggalah undang-undang Dasar Aparteid itu dihapuskan oleh kerajaan Afrika
Selatan. Oleh itu, faktor kepelbagaian kaum di negara ini amat mempengaruhi
penggubalan dasar luar Malaysia.
(i) Tahap Pertama : Tunku Abdul Rahman (1957-1970)
Dasar luar Malaysia
pada tahap pertama memperlihatkan dasar pro-Barat yang antikomunis serta
dasar berbaik-baik dengan negara jiran dan Komanwel. Dasar luar
berkenaan dilaksanakan oleh Tunku Abdul Rahman disebabkan faktor politik,
ekonomi dan sosial. Faktor politik merujuk pada ancaman komunis di negara-negara
Asia Tenggara dan juga di dalam negara melalui Parti Komunis Malaya. Oleh itu,
Malaysia memerlukan bantuan pertahanan daripada negara-negara Komanwel terutama
Britain, Australia dan New Zealand.
Bagi menyekat
perkembangan pengaruh Komunis, Malaysia telah menandatangani Perjanjian
Pertahanan Inggeris-Tanah Melayu atau Anglo-Malayan Defence Treaty
(AMDA) pada tahun 1956.
Mengikut perjanjian ini pihak British akan memberikan bantuan kepada Malaysia
sekiranya diserang oleh mana-mana negara.
Di samping itu, dasar
luar Malaysia juga adalah berbaik-baik dengan negara jiran. Hal ini
disebabkan timbulnya krisis dengan negara jiran terutama selepas Malaysia
mencapai kemerdekaan seperti konfrontasi dengan Indonesia (1963-1965),
terputusnya hubungan dengan Filipina (1963-1965) dan keluarnya Singapura
daripada Malaysia (1965). Usaha-usaha untuk memelihara hubungan dengan negara
jiran terbukti melalui beberapa perjanjian. Malaysia telah menandatangani
perjanjian menubuhkan Pertubuhan Negara-Negara Asia Tenggara (ASA) pada tahun
1961 bersama-sama Thailand dan Filipina, MAPHILINDO pada tahun 1962
bersama-sama Indonesia dan Filipina serta ASEAN pada tahun 1967 bersama-sama
Thailand, Indonesia, Filipina dan Singapura.
Faktor ekonomi pula
memperlihatkan pergantungan Malaysia kepada Britain dalam menjaga kepentingan
ekonomi negara ini. Pertama, hal ini disebabkan Malaysia merupakan anggota blok
sterling yang menjalankan urusan perdagangan dalam nilai mata wang paun
sterling. Kedua, Malaysia masih memberikan tumpuan kepada dua hasil utamanya,
iaitu bijih timah dan getah dengan mengharapkan sepenuhnya permintaan daripada
negara Barat termasuk Britain. Ketiga, pelabur Britain masih
menguasai peratus yang
besar dalam ekonomi Malaysia terutama dalam bidang perladangan dan
perindustrian.
Bagi
mengurangkan pergantungan ini, Malaysia yang mengamalkan pasaran bebas mula
membina rangkaian perdagangan dengan negara-negara lain seperti Amerika
Syarikat, Jepun, Singapura dan Jerman Barat bagi mengurangkan pergantungan
kepada Britain dan bagi mencari pasaran baru.
(ii) Tahap Kedua :Tun Abdul Razak
(1972-1976)
:Tun
Hussein Onn(1976-1981)
Menjelang
tahun 1970-an, dasar luar Malaysia mula berubah kepada dasar berkecuali dan
berbaik-baik dengan semua negara. Perubahan dasar luar ini disebabkan kurangnya
peranan yang dimainkan oleh AMDA dan kurangnya pengaruh Britain di Timur.
Perubahan dasar ini juga disebabkan oleh pergolakan yang berlaku di Vietnam
yang melibatkan dua kuasa besar, iaitu Amerika Syarikat dan China.
Bagi
mencapai matlamat dasar luar Malaysia, beberapa usaha telah dilakukan seperti
mengisytiharkan konsep Zon Aman, Bebas dan Berkecuali (ZOPFAN) bersama-sama
dengan anggota negara ASEAN. Malaysia juga telah menjalin hubungan diplomatik
dengan negara berfahaman komunis seperti China,
Jerman
Timur, Korea Utara, Vietnam Utara dan Mongolia. Malaysia turut mengadakan
hubungan diplomatik dengan Vietnam pada tahun 1976. Masalah pelarian Vietnam di
Malaysia dapat diatasi dengan kerjasama negara-negara jiran
Tahap Ketiga :Tun Dr Mahathir
Mohamad(1981-2003)
Tahap
ini masih mengekalkan dasar-dasar tahap kedua tetapi memberikan penekanan
kepada kepentingan ekonomi yang berkaitan dengan isu-isu perdagangan, pelaburan
dan pembangunan terutama dalam kalangan negara membangun. Bagi mencapai
matlamat tersebut, Malaysia telah mengadakan hubungan yang lebih erat dengan
negara-negara ASEAN seperti menyelesaikan krisis Vietnam dan Kampuchea.
Dasar Pandang ke Timur
telah diperkenalkan pada tahun 1982 dengan menggunakan Jepun dan Korea Selatan
sebagai model bagi membangunkan negara Malaysia. Dasar ini bertujuan
menggalakkan rakyat Malaysia mengambil dan
menerima pakai
nilai-nilai yang baik seperti semangat mencintai negara, kesungguhan dalam
pekerjaan dan etika pengurusan kerja yang baik.
Malaysia juga telah
mempertingkatkan hubungan dua hala dengan negara-negara lain menerusi lawatan
yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad ke negara
Afrika, Amerika Selatan, Caribbean dan Pasifik Selatan. Dalam setiap misi
lawatannya, misi perdagangan Malaysia akan turut serta dan menandatangani
perjanjian perdagangan dua hala yang menguntungkan kedua-dua belah pihak.
Malaysia menjalin hubungan politik dan perdagangan dengan negara maju dan
negara dunia ketiga.
4.Peranan Malaysia dalam pertubuhan
peringkat antarabangsa
(a) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB)
Melalui PBB Membantu menyelesaikan
konflik antarabangsa. Contohnya sejak tahun 1960, Malaysia telah dipilihmenyertai
pasukan pengaman di bawah panji-panji PBB untuk menamatkan perang
saudara di Congo dan pada tahun 1990 an,
Malaysia juga telah menghantar
pasukan pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar
pengaman ke Bosnia. Selain itu, Malaysia juga lantang bersuara di PBB dalam
menentang dasar apartheid di Afrika Selatan dan menyarankan Benua
Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah hak milik bersama.
Seterusnya, melalui PBB Malaysia telah mengadakan kerjasama dalam bidang
sains dan teknologi di
bawah Pertubuhan
Pendidikan, Saintifik dan Budaya Bangsa-Bangsa Bersatu atau UNESCO. Di samping
itu,Malaysia juga telah berkerjasama dan menyertai beberapa agensi di
bawahPBB.Contohnya kerjasama dalam bidang pengeluaran makanan di
bawah agensi Pertubuhan Makanan dan Pertanian (FAO).
(b) Pertubuhan Persidangan Negara Islam
(OIC)
Seterusnya, Malaysia
juga memainkan peranan penting dalam memelihara keamanan dan
kedaulatan duniamelalui penganjuran persidangan menentang pengganas dalam
kalangan negara Islam melalui OIC pada tahun 2002. Malaysia juga
berpendirian tegas dalam mendesak PBB menjalankan usaha menyelesaikan masalah
Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin
di Kuala Lumpur. Tawaran biasiswa juga diberikan kepada para pelajar
dari
negara OIC untuk belajar di Universiti Islam Antrabangsa Malaysia (UIAM).
Seterusnya peranan Malaysia membantu negara-negara lain misalnya,
memberikan bantuan kepada negara-negara Islam yang menghadapi masalah seperti menghantar
pasukan perubatan ke Lubnan, Bosnia dan Afghanistan. kewangan juga
diberikan kepada negara-negara Islam yang kurang maju seperti
Sudan, Nigeria dan Chad. Sementara itu, peranan Malaysia
dalam OIC ialah
Malaysia
mengesyorkan penggunaan dinaremas di kalangan negara Islam untuk urusan
perdagangan dan kegiatan ekonomi yang lain.
(c) Komanwel
Dalam
bidang pendidikan. Malaysia
telah bekerjasama dengan
negara-negara
Komanwel
dengan menyediakan bantuan teknikal dan biasiswa dalam bidang pendidikan
melalui Rancangan Colombo.
Kerjasama
dalam bidang sukan telah dicapai melalui penganjuran sukan Komanwel yang
bertujuan mengeratkan hubungan di kalangan negara anggota
misalnya Malaysia telah menjadi tuan
rumah untuk sukan pada tahun 1998.
Mesyuarat Ketua-Ketua
Kerajaan Komanwel (CHOGM) telah diadakan di KL pada 1989. Melalui mesyuarat ini
Deklarasi Langkawi telah diisytiharkan dalam mengawal masalah pencemaran.
Selain itu eksport Malaysia ke Britain dikenakan cukai yang rendah.
(d) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(NAM)
Malaysia
juga telah mengadakan
kerjasama ekonomi dengan
negara anggota
Pergerakan
Negara-Negara Berkecuali (NAM).Malah,
Malaysia telah membuat beberapa usul bagi membela kepentingan
negara-negara sedang membangun. Malaysia juga telah menjadi tuan rumah yang
ke-13 pada tahun 2013. Dalam siding kemuncak NAM ini Berjaya mencatatkan
penyertaab tertinggi iaitu 63 buah negara. Selain itu Berjaya mendaftarakan du
negara anggota baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina.
Melalui
kerjasama Malaysia dengan
Negara-Negara Selatan,dapatmengatasi
masalah harga ekspot
bahan –bahan mentah serta
meningkatkan kerjasama ekonomi dan teknikal di kalangan negara anggota
tanpa bergantung kepada negara-negara maju.Contohnya penubuhan Pusat Pertukaran
Data Pelaburan
Perdagangan
dan Teknologi Selatan (SITTDEC) di Kuala Lumpur dan penubuhan
Sistem Keistimewaan
Perdagangan Global (GSTP) serta penubuhan kemudahan kredit dan mekanisme
kewangan pembiayaan perdagangan.
5.Sejauh manakah dasar luar yang telah
diamalkan oleh pemimpin-pemimpin negara mencapai matlamat yang diharapkan?
(a) Menjamin keselamatan dan kedaulatan
negara
Melalui dasar berkecuali, Malaysia
berbaik-baik dengan semua negara samaada negara-negara kapitalis atau
negara-negara komunis.Hal ini membuktikan Malaysia tiada permusuhan dengan
mana-mana negara. Segala masalah dapat diselesaikan melalui rundingan dan
diplomasi.
Berbaik-baik dengan negara Komanwel
seperti Britain, Australia, Kanada dapat bantuan menghadapi ancaman Komunis
khasnya dari Parti Komunis Malaya. Selain itu berjaya mengatasi Konfrantasi
Indonesia dan bantu menyelesaikan isu pembentukan Malaysia.
Melalui pertubuhan ASEAN, konsep
ZOPFAN berjaya mewujudkan kestabilan dan keamanan di rantau ini termasuk di
negara kita. Hal ini kerana negara-negara ASEAN berikrar tidak bersekongkol
mana-mana blok dunia atau kuasa besar.ASEAN juga telah mengisytiharkan kawasan
Asia Tenggara bebas senjata nuclear.
Kerjasama dengan negara-negara serantau
seperti dengan Indonesia dan Filipina dapat membanteras ancaman keganasan
merentasi sempadan seperti ancaman Daeish di Asia Tenggara.
Selain itu Ancaman kumpulan militan Abu Sayaff dari Selatan Filipina
juga dapat dibendung di perariran Sabah. Hal ini kerana adanya kerjasama dengan
Filipina. Seterusnya Filipina telah membantu Malaysia dalam menghadapi
pencerobohan Sulu di Lahad Datu Sabah.
Hubungan
baik-baik dengan negara luar berjaya menarik pelaburan asing. Contohnya ramai
pelabur dari China dan Singapura melabur dalam Projek Iskandar di Johor. Banyak
syarikat-syarikat dari Amerika Syarikat dan Jepun telah menanam modal yang
besar di negara kita. Contohnya Syarikat Intel dan Western Digital dari
Amerika Syarikat. Hal
ini dapat mewujudkan banyak peluang pekerjaan serta menambahkan pendapatan
negara.Selain itu dapat membangunkan kemudahan infrastruktur seperti jalan
raya, elektrik dan ais. Contohnya di kawasan Bayan Lepas di Pulau Pinang.
Melalui
dasar negara yang liberal, kita dapat membawa masuk tenaga kerja separa mahir
dan tidak mahir dari luar. Ini dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja
di negara kita hari ini.Contohnya tenaga kerja dari Indonesia memberi sumbangan
membangunkan sektor pembinaan dan perladangan.
Selain
itu kemasukan tenaga kerja mahir dan professional dari negara luar dapat
membantu kemajuan sektor perkhidmatan. Contohnya pakar-pakar IT dari India dan
jurutera dari Jepun dan Korea Selatan.
Seterusnya
tenaga kerja mahir seperti jururawat dari negara kita mendapat peluang
pekerjaan di Timur Tengah dengan gaji yang lumayan. Selain itu banyak pekerja
kita bekerja di Singapura. Hal ini dapat membawa kepada pengaliran masuk wang
asing ke negara kita.
(c) Warga global yang bertanggungjawab
(i) Bantuan Kemanusiaan
Malaysia menghantar bantuan makanan,
pakaian, ubat-ubatan kepada negara yang menghadapi ancaman peperangan dan
bencana alam. Contohnya gempa bumi di Iran serta bencana tsunami di Acheh
Indonesia. Seterusnya melalui Pasukan MERCY Malaysia menghantar bantuan kepada
rakyat Palestin.
(ii) Misi Keamanan
Selain itu Malaysia berperanan menjaga
keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam misi-misi keamanan di bawah
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Contohnya Malaysia telah menghantar tentera
pengaman, pendamai ke Congo,
Bosnia, Somalia, Sierra Leone, Namibia dan
Kampuchea. Ini membuktikan Malaysia memainkan peranan penting dalam
menyelesaikan konflik antarabangsa.
Seterusnya Malaysia amat peka dengan isu keamanan
di Asia Barat. Hal ini kerana Israel menceroh tanah air Palestin yang
menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda di negara tersebut. Denga ini
Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah Palestin dengan menganjurkan
Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur
6. Sebab dasar luar Malaysia berubah dari
masa ke semasa
(i) Perubahan kepimpinan
Perubahan ini kerana mengikut dasar
seseorang pemimpin ketika itu. Contohnya
Tunku
Abdul Rahman pro Barat
dan anti Komunis. Hal ini kerana Malaysia menghadapi ancaman Parti
Komunis Malaya yang memerlukan bantuan negara
Komanwel
seperti Britain dan Australia.
Ketika
Tun Abdul Razak pula
mengamalkan dasar berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.
Malaysia mula mengadakan hubungan diplomatik dengan negara-negara komunis
seperti Vietnam dan China.
Ketika
Dr.Mahathir Mohammad
pula penekanan kepada kepentingan ekonomi dalam bentuk dua hala. Beliau
memberi penekanan kepada Dasar Pandang Timur iaitu Jepun dan Korea Selatan
memainkan peranan dalam kemajuan ekonomi negara dengan kemasukan modal dan
kepakaran teknologi.
Perdana Menteri Dato
seri Najib Tun Razak meneruskan
dasar-dasar pemimpin terdahulu seperti mementingkan kerjasama ekonomi
antara negara-negara ASEAN dengan mengadakan Persidangan Ketua-Ketua Negara
ASEAN (ASEAN SUMMIT).
Beliau
menjalinkan hubungan duahala dengan rakan-rakan dagangan seperti China, Jepun
dan Singapura.
(ii) Kepentingan Ekonomi
Tunku
Abdul Rahman telah
mengadakan hubungan erat dengan Britain dan Amerika Syarikat untuk
pemasaran getah dan bijih timah yang menjadi hasil utama negara ketika itu.
Selain itu kemasukan pelaburan dari Britain dan Amerika Syarikat yang menguasai
sektor perladangan di negara kita.
Tun Abdul Razak
Menjalinkan
hubungan ekonomi dengan semua negara samaada komunis atau kapitalis. Mula
menjalinkan hubungan ekonomi dengan China.
Menjalinkan hubungan perdagangan
dengan Asia Timur dan Negar-Negara dunia ke-3 seperti Amerika Selatan dan
Afrika. Negara-negaar ini mula menjadi pasaran baru kepada negara kita. Selain
itu kemasukan modal khasnya dari Jepun dan Korea Selatan ke negaar kita.
Perdana Menteri Dato seri Najib Tun Razak
Mengutamakan hubungan
dua hala dengan negara-negara ASEAN. ASEAN dijadikan pasaran utama negara
kita.Beliau juga meneruskan hubungan perdagangan dua hala dengan negara-negara
Asia Timur iaitu Jepun, Korea Selatan dan China.
7. Mengapakah dasar luar yang mementingkan
kemajuan ekonomi lebih
penting
pada hari ini
(i) Pelaburan asing
Melalui hubungan baik
dengan negara luar pelabur-pelabur asing berminat untuk melabur di negara kita.
Contohnya dari negara Jepun, Korea Selatan dan negara-negara Timur Tengah. Ini
membantu dalam pertumbuhan ekonomi negara. Ini membuka banyak peluang pekerjaan
kepada rakyat tempatan. Contohnya Kilang Western Digital dari Amerika Syarikat.
Ini meningkatkan pendapatn rakyat tempatan dan seterusnya meningkatan taraf
hidup rakyat. Keadaan ini turut mengurangkan kadar kemiskinan dan kadar
pengangguran di negara kita. Seterusnya pelaburan asing ini membantu
meningkatkan sumber pendapatan negara kita. Hal ini berlaku melalui pembayaran
cukai dan levi.
Melalui pembukaan
kilang-kilang ini dapat menghasilkan barang-barang pengguna yang lebih murah,
ini dapat mengurangkan pergantungan barang import dari luar negara. Ini
seterusnya menyebabkan kos barang menjadi lebih murah dan rakyat mampu membeli
barang-barang tersebut. Contohnya industri automobil.
(ii) Tenaga buruh
Melalui dasar negara
yang liberal, kita dapat membawa masuk tenaga kerja separa mahir dan tidak
mahir dari luar. Ini dapat mengatasi masalah kekurangan tenaga kerja di negara
kita hari ini.Contohnya tenaga kerja dari Indonesia memberi sumbangan
membangunkan sektor pembinaan dan perladangan.
Selain itu kemasukan
tenaga kerja mahir dan professional dari negara luar dapat membantu kemajuan
sektor perkhidmatan. Contohnya pakar-pakar IT dari India dan jurutera dari
Jepun dan Korea Selatan.
Seterusnya tenaga kerja
mahir seperti jururawat dari negara kita mendapat peluang pekerjaan di Timur
Tengah dengan gaji yang lumayan. Selain itu banyak pekerja kita bekerja di
Singapura. Hal ini dapat membawa kepada pengaliran masuk wang asing ke negara
kita.
8.Peranan / sumbangan Malaysia dalam menjaga
keamanan dunia melalui dasar luarnya
Menjamin kedaulatan
negara. Malaysia telah
mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara. Hal ini menyebabkan
tiada permusuhan dengan mana-mana negara di dunia. Melalui dasar berkecuali
Malaysia tidak berpihak mana-mana kuasa besar dunia seperti samaada Amerika
Syarikat ataupun China dan Rusia yang boleh mencetuskan konflik antarabangsa.
Selain itu melalui
konsep ZOPFAN dapat mengekalkan keamanan serantau.Hal ini kerana
sebarang konflik antara negara-negara anggota dapat diselesaikan melalui
semangat ASEAN. Contohnya isu hak ke atas Pulau Batu Putih dengan Singapura
dapat diselesaikan melalui Mahkamah Keadilan Antarabangsa.Ini membuktikan
Malaysia mementingkan pendekatan rundingan.
Selain itu Malaysia
berperanan menjaga keamanan dunia dengan melibatkan diri dalam misi-misi
keamanan di bawah Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu.
Contohnya Malaysia
telah menghantar tentera pengaman, pendamai ke Congo, Bosnia, Somalia, Sierra
Leone, Namibia dan Kampuchea. Ini membuktikan Malaysia memainkan peranan
penting dalam menyelesaikan konflik antarabangsa.
Seterusnya Malaysia
amat peka dengan isu keamanan di Asia Barat. Hal ini kerana Israel
menceroh tanah air Palestin yang menyebabkan pengorbanan nyawa dan harta benda
di negara tersebut. Denga ini Malaysia mendesak PBB menyelesaikan masalah
Palestin dengan menganjurkan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala
Lumpur.
Selain itu Malaysia
juga bersuara lantang menentang keganasan dalam kalangan negara-negara
Islam. Contohnya setelah serangan al-Qaeda ke atas ‘World Trade
Centre’ di New York
Amerika Syarikat, Malaysia telah mengadakan Persidangan menentang pengganas
dalam kalangan negara-negara Islam pada tahun 2002. Malaysia juga berpendirian
teguh menentang keganasan yang dilakukan oleh ‘IS’ di kebanyakan negara dunia
hari ini. Hal ini kerana keganasan mereka ini boleh mengancam keamanan dunia.
9.Manfaat / Faedah / Kepentingan yang
diperoleh oleh Malaysia daripada dasar luar yang berbaik-baik dengan negara
luar.
(a) Faedah Politik
(i) Komanwel
Ketika Malaysia menghadapi ancaman Parti
Komunis Malaya, pertubuhan ini memberi bantuan ketenteraan kepada negara
kita.Hal ini kerana Malaysia mempunyai perjanjian pertahanan dengan Britian.
Seterusnya Komanwel turut membantu menghadapi konfrantasi Indonesia.
Dengan ini dasar berbaik-baik dengan Komanwel dapat mengekalkan kedaulatan
negara.Seterusnya keanggotaan Malaysia dalam Komanwel memberi peluang kepada
negara kita menjadi tuan rumah Mesyuarat Ketua-Ketua Kerajaan
Komanwel (CHOGM) di Kuala Lumpur
1989. Hal ini meningkatkan imej Malaysia di
persada dunia.
(ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Perwakilan
Malaysia ke PBB semasa pembentukan Malaysia berjaya menyelesaikan isu
pertikaian pembentukan Malaysia. Seterusnya di PBB Malaysia berjaya
menjadi anggota Majlis Keselamatan sebanyak 3 kali. Wakil Malaysia ke
PBB Tan
Sri
Razali Ismail menjadi Pengerusi Perhimpunan Agung PBB serta wakil khas
PBB untuk menyelesaikan konflik politik Myanmar.
(iii) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Tunku Abdul Rahman diberikan penghormatan
untuk menjadi Setiausaha Agung
OIC yang pertama. Selain itu Malaysia juga
telah dipilih untuk menjadi tuan rumah
Persidangan OIC pada tahun 1974 dan 2003.
(iv) Pergerakan Negara-Negara Berkecuali
(NAM)
Malaysia
menjadi tuan rumah kepada Sidang Kemuncak NAM yang ke-13 pada tahun
2003. Sidang kemuncak ini mencatatkan penyertaan tertinggi dengan
kehadiran 63 buah negara ahli, iaitu 31 Ketua Negara dan 32 Ketua Kerajaan.
Selain
sidang kemuncak ini telah berjaya mendaftarkan dua negara anggota
baru iaitu Timur Leste dan Pulau Catalina. Ini telah mengharumkan lagi nama
negara kita.
(iv) ASEAN
Melalui
pengiystiharaan ‘ZOPFAN’ dalam Deklarasi Kuala Lumpur 1971 keamanan dan
kestabilan politik negara kita terjamin. Malaysia juga telah menjadi Tuan
Rumah Sidang Kemuncak ASEAN 2015.
(a) Faedah Ekonomi
(i) Komanwel
Negara-negara Komanwel
seperti Britain, Singapura, India merupakan pasaran utama barangan dari
Malaysia serta dapat peluang pelaburan daripada negara tersebut.
Syarikat-syarikat tempatan juga mendapat peluang untuk melabur di
negara-negara tersebut. Contohnya projek lebuhraya di India telah ditawarkan
kepada syarikat Malaysia Hal ini dapat membantu majukan ekonomi
negara.Khasnya meningkatkan sumber pendapatan negara serta memberi
peluang
pekerjaan.
(ii) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB)
Bank
Dunia telah memberikan bantuan bagi menjayakan rancangan FELDA dan
membangunkan prasarana pendidikan dan penyelidikan.Hal ini telah membantu
kemasukan pelabur-pelabur asing dan ini dapat membasmi kemiskinan di
luar Bandar dan menyediakan peluang pekerjaan.
(iii) Pertubuhan Persidangan Islam (OIC)
Bank
Pembangunan Islam telah
memberi pinjaman bagi melaksanakan projek-projek pembangunan untuk kepentingan
rakyat. Negara-negara Islam telah menjadi kawasan pasaran baru untuk
negara kita. Selain itu mereka juga telah melabur di negara kita seperti
membuka cawangan bank seperti Bank Kuawait.Negara kita juga telah menjadi
pilihan utama kepada pelancong-pelancong dari negara-negara Islam.
(iii) ASEAN
ASEAN
telah menjadi rakan perdagangan utama dalam import dan eksport barangan
Malaysia seperti Singapura dan Thailand. Rakyat Malaysia juga mendapat peluang
pekerjaan di negara-negara ASEAN seperti Singapura. Ini dapat meningkatkan
pendapatan individu , negara dan kemasukan wang asing. Negara
kita juga telah menjadi tumpuan utama tenaga buruh dari negara-negara
jiran
seperti
dari Indonesia dalam sektor pembinaan. Hal ini dapat membantu meningkatkan pembangunan
negara. Kerjasama dengan negara jiran turut dapat memajukan sektor
perindustrian negara. Contohnya projek Baja Urea di Bintulu Sarawak. Ini dapat
membangunkan kawasan persekitaran Bintulu yang Berjaya meningkatkan taraf hidup
penduduk tempatan.
(iv) Dasar Pandang Timur
Hubungan baik antara
Malaysia dengan Jepun dan Korea Selatan membawa kepada perkongsian kepakaran
dan pemindahan teknologi yang menguntungkan negara kita. Contohnya dalam bidang
automobil kereta nasional negara kita menggunakan enjin Mitsubishi
Jepun. Selain itu pekerja tempatan berpeluang mengikuti latihan kemahiran
dan teknikal di Jepun dan Korea Selatan.
(a) Faedah Sosial
Hubungan
baik Malaysia dengan negara-negara luar telah memberi sumbangan kepada bidang
pendidikan. Pelajar-pelajar dari Malaysia diberi peluang untuk belajar di
negara-negara seperti Jepun, Britain, Australia.Hal ini dapat melahirkan tenaga
kerja yang berdaya saing peringkat antarabangsa. Selain itu pelajar-pelajar
luar negara seperti Nigeria dan Arab melanjutkan pelajaran di negara kita. Ini
turut meningkatkan ekonomi negara kita. Universiti terkenal di dunia seperti
Monash,
Nottingham
telah membuka cawangan di negara kita. Ini telah memberikan banyak peluang
pekerjaan kepada penduduk tempatan. Kini Malaysia telah menjadi hab pendidikan
yang terkenal di dunia.Seterusnya keadaan ini mengurangkan pelajar kita
melanjutkan pelajaran ke luar negara dan menjimatkan pengaliran keluar wang
negara serta mengurangkan beban kewangan keluarga mereka.
Seterusnya Malaysia
juga berpeluang menganjurkan sukan pada peringkat antarabangsa.
Contohnya pada tahun 1998 Malaysia telah menganjurkan Sukan Komanwel. Malaysia
telah menjadi tuan rumah untuk Hoki Piala Dunia. Malaysia juga menjadi tuan
rumah Piala Thomas dan Piala Uber bagi permainan badminton. Selain itu juga
menjadi tuan rumah Sukan Sea beberapa kali. Semua ini telah mengharumkan nama
negara peringkat antarabangsa.
ATAU
Dasar luar negara berjaya mengetengahkan
isu-isu antarabangsa. Jelaskan
(a).Memperjuangkan Isu Palestin
Menyokong
Palestin untuk mendapatkan semula tanah air. Hal ini kerana Israel menceroboh
dan menduduki tanah milik rakyat Palestin.Ini telah menggugat kedaulatan
Palestin. Pendirian Malaysia adalah menyokong pemeliharaan kedaulatan sesebuah
negara. Dengan ini Malaysia menegaskan isu ini dalam PBB dan OIC. Serta telah
mengadakan Persidangan Antarabangsa tentang Palestin di Kuala Lumpur.
(b).Membela hak asasi manusi
(i))Menentang dasar Aparteid di Afrika
Selatan
Kerana Malaysia mempunyai pelbagai kaum,
maka Malaysia bersuara lantang di
PBB dan NAM untuk
menentang dasar ini. Hal ini kerana Afrika Selatan tidak menghormati hak asasi
manusia dengan membezakan taraf hidup manusia berdasarkan warna kulit.Ini
membuktikan Malaysia komited dalam menjaga hak asasi manusia.
(ii)Mengutuk penindasan kaum Serb terhadap
rakyat Bosnia.
Malaysia
mengutuk penindasan kaum Serb yang ingin membuat penghapusan etnik terhadap
rakyat Bosnia di PBB
(iii) Isu Rohinya di Myanmar
Malaysia
mengutuk penindasan kerajaan Myanmar ke atas rakyat Rohinya yang menafikan hak
mereka sebagai rakyat Myanmar dan menjadikan mereka sebagai pelarian. Malaysia
memberi perlindungan politik kepada mereka
(iv) Malaysia bersama-sama Ireland telah mengutuk
China Komunis kerana mencabuli hak asasi penduduk Tibet.
(v)
Malaysia turut menyelesaikan masalah
pelarian Vietnam dengan memberikan
perlindungan
politik di negara kita.
Malaysia
berpendirian teguh terhadap usaha-usaha memerangi gejala penyalahgunaan dadah.
Hasil daripada usaha ini, satu persidangan antarabangsa di adakan di Vienna
Austria pada 1987. Ekoran ini Perdana Menteri Malaysia Dato Seri Dr.Mahathir
Mohammad dilantik sebagai Yang DiPertua persidangan tersebut.
(d).Memperjuangkan isu Benua Antartika
Malaysia
menyarankan agar benua Antartika menjadi warisan dunia yang diletakkan di bawah
hak milik semua negara.Ini membuktikan Malaysia membela nasib semua negara.
(e).Isu Alam Sekitar
Melalui Deklarasi Langkawi dalam Mesyuarat
Ketua-Ketua Kerajaan Komanwel di
Kula
Lumpur, Malaysia telah mengetengahkan isu alam sekitar iaitu perlu mengawal
pencemaran. Ini membuktikan Malaysia peka kepada kesejahteraan dan keselesaan
kehidupan sejagat.
(f).Penyertaan Malaysia Dalam Pasukan
Pengaman PBB
Sejak
tahun 1960 Malaysia dipilih untuk menyertai pasukan pendamai di bawah
panji-panji PBB untuk menamatkan perang saudara di Congo. Seterusnya pada tahun
1989 Malaysia mewakili pasukan pendamai PBB ke Namibia untuk membantu negara
itu mencapai kemerdekaan. Selain itu pada tahun 1990-an, Malaysia menghantar
pemerhati ke sempadan Iran-Iraq dan Kampuchea serta menghantar pasukan pengaman
ke Bosnia.
(g).Peranan sebagai orang tengah
menyelesaikan konflik antarabangsa
(i) Konflik Pulau Minadanao, Selatan
Filipina.
Misi diplomasi Malaysia
di Pulau Mindanao berakhir dengan termeterainya proses damai antara bangsa moro
dengan kerajaan Filipina pada 27 Mac 2014.
(h).Bantuan Kemanusiaan
Malaysia
menghantar bantuan kemanusiaan seperti makanan, pakaian, ubat-ubatan di bawah
MERCY Malaysia ke Palestin, Acheh, Iran, Pakistan dan sebagainya.
ATAU
Cara untuk
memantapkan dasar luar negara pada masa hadapan
(a) Politik
Memperkukuh hubungan diplomatik
Malaysia
perlu mengadakan hubungan yang lebih erat dengan semua negara tanpa mengira ideologi.Selain
itu, Malaysia juga tidak boleh selektif dalam mengadakan hubungan bilateral dan
multilateral.Ini akan membantu meningkatkan imej negara di persada dunia.Negara
kita perlu membuka kedutaan di semua negara tanpa mengira ideologi.
Mengelakkan konflik antarabangsa
Malaysia
perlu mengekalkan dasar tidak campur tangan dalam politik negara lain.Contohnya
Malaysia tidak memberi sebarang bantuan kepada militan Islam di bahagian
selatan Thailand.Malaysia menggunakan pendekatan rundingan dan kerjasama.Selain
itu, perlu merujuk PBB dalam mengatasi pertikaian yang melibatkan Malaysia
dengan negara luar..Seterusnya, Malaysia juga menghormati keputusan Mahkamah
Keadilan Antarabangsa dalam isu pertindihan hak ke atas Pulau Batu Putih dengan
Singapura. Malaysia juga mengambil sikap tunggu dan lihat keputusan PBB dalam
isu tututan hak ke atas Kepulauan Spartly oleh beberapa Asia Tenggara dan
China.
Dasar Berkecuali
Dasar berkecuali yang diamalkan oleh
Malaysia selama ini juga merupakan satu pendekatan dasar luar yang baik kerana
mengadakan hubungan diplomatik dengan semua negara tanpa mengira ideologi.
Ini meningkatkan lagi persefahaman Malaysia
dengan negara luar. Pendekatan ini juga membantu negara kita menerima banyak
bantuan ekonomi dan kepakaran dari negara lain. Contohnya negara China telah
banyak membantu dalam bidang kemasukan pemodalan.
Perjanjian Memorandum Persefahaman(MOU)
Dalam perhubungan ekonomi pula, Malaysia
selalu mengamalkan dasar MOU untuk menarik pelaburan luar negara. Setiap kali
apabila pemimipin negara kita membuat lawatan kerja ke negara luar MOU menjadi
satu agenda utama untuk merancakkan pertumbuhan ekonomi negara kita. MOU juga
membuka peluang kepada pelabur Malaysia untuk mendapatkan peluang pelaburan di
negara luar. Melalui cara ini pendapatan negara kita dapat ditingkatkan.
Seterusnya peluang pekerjaan kepada penduduk negara kita juga diluaskan.
Kerjasama perdagangan antarabangsa
Malaysia juga perlu meningkatkan kerjasama perdagangan
antarabangsa.Melalui kerjasama ini Malaysia perlu mengamalkan sikap bersaing di
peringkat global dengan memperkenalkan syarat-syarat perdagangan yang
berpatutan.Kesannya urusan import dan eksport dapat dipermudahkan lagi dan ini
akan meningkatkan lagi perdagangan antarabangsa dan pendapatan negara kita.
Dasar Ekonomi Bebas
Malaysia perlu meneruskan dasar ekonomi
bebas dengan memberi taraf perintis kepada negara-negara baru yang melabur
dalam pelbagai bidang di negara kita. Disamping itu, negara kita perlu
mengamalkan pasaran bebas dengan mengurangkan cukai ke atas barang import dan
eksport dari negara luar.Kerajaan juga perlu mengurangkan cukai perkhidmatan
dan barangan dari negara lain.Seterusnya Malaysia perlu membantu melaksanakan
akta AFTA untuk meningkatkan lagi pasaran ekonomi bebas di rantau ini.
(c)Sosial
Mengadakan lawatan
Pemimpin
negara kita perlu kerap mengadakan lawatan ke negara lain untuk memantapakan
lagi perhubungan dua hala.Pemimpin negara juga boleh menghadiri acara atau sambutan
rasmi negara berkenaan. Contohnya sambutan hari kemerdekaan negara lain
Bantuan misi kemanusiaan kepada negara yang
menghadapi bencana alam atau perang akan mendekatkan lagi perhubungan antara
Malaysia dengan negara penerima. Ini akan meletakkan Malaysia di kedudukan yang
tinggi di mata dunia.
12. Ramalkan dasar luar negara kita pada
masa hadapan.
1.Mengutamakan diplomasi dalam mengatasi
konflik antarabangsa
Malaysia perlu menjalinkan hubungan
diplomatik yang lebih erat dengan semua negara.Selain itu, perlu mengelakkan
perlumbaan yang boleh mencetuskan peperangan. Contohnya, Malaysia perlu
memperkasakan konsep wasatiyah dan kesederhanaan global.
2.Bersahabat dengan semua negara tanpa
mengira blok
Malaysia perlu berpegang teguh kepada dasar
berkecuali dan berbaik-baik dengan semua negara.Seterusnya, menghormati
kedaulatan negara lain dan menyokong usaha keamanan supaya kesejahteraan dunia
berkekalan.Malaysia juga perlu berperanan dalam menghapuskan sistem blok dalam
ekonomi seperti Kesatuan Eropah (EU).
3.Menghulurkan bantuan kepada negara yang
memerlukan
Malaysia
terus membantu negara-negara miskin seperti Sudan, Somalia.Boleh mendesak
negara kaya (G7) supaya membantu membangunkan semula negara miskin. Contohnya,
Malaysia boleh mencadangkan dana yang perlu dikeluarkan oleh negara G7 kepada
negara miskin melalui PBB.
4.Menghormati kebebasan beragama
Kebebasan beragama merupakan amalan negara
kita yang terdiri daripada pelbagai kaum.Maka Malaysia perlu lantang bersuara
terhadap dasar penghapusan etnik dan agama seperti yang berlaku kepada
masyarakat Rohingya di Myanmar.Malaysia perlu terus menjadi ahli tetap dalam
Majlis Keselamatan PBB dan berpendirian tegas dalam melindungi hak asasi
manusia tanpa mengira bangsa, agama dan warna kulit.
5. Mengeratkan hubungan dengan negara Islam
Bagi
bertujuan mengekalkan perdamaian dalam segala persengketaan antara negara
Islam.Malaysia perlu meberi bantuan kepada negara Islam yang menghadapi masalah
seperti Bosnia dan Afghanistan. Oleh itu, Malaysia akan mendapat penghormatan
daripada negara Islam yang lain kerana memperjuangkan hak dan kebajikan
negara-negara Islam.
13.Cabaran / Halangan / Ancaman dalam
melaksanakan dasar luar Malaysia pada hari ini / era globalisasi
Politik
(a) Pencerobohan sempadan antarabangsa
Isu
pencerobohan melahirkan rasa tidak puas hati rakyat Malaysia. Contohnya,
pencerobohan tentera udara Singapura di ruang udara Johor. Ini telah mengancam
keselamatan negara. Selain itu, isu persempadanan yang menjadi rebutan antara
negara juga menyebabkan hubungan menjadi renggang. Contohnya, isu tuntutan
bertindih Pulau Batu Putih antara Malaysia dan Singapura. Akibatnya, Malaysia
telah kehilangan wilayah yang sebelum ini menjadi hakmiliknya. Hal ini telah
mengancam hak dan kedaulatan negara kita. Seterusnya, pencerobohan daratan juga
berlaku contohnya pencerobohan Sulu dari Filipina di Lahad Datu juga mencabar
hubungan kita dengan Filipina.Tidak ketinggalan juga pencerobohan maritim oleh
nelayan asing seperti dari Thailand dan Vietnam di perairan laut kita
menyebabkan hubungan baik kita dengan negara jiran tergugat.
(b) Ancaman ektremis Islam
Contohnya, Thailand sering menuduh Malaysia
melindungi kumpulan pelampau Islam di Selatan Thailand iaitu ‘POLO’.
Penglibatanwarga Malaysia di Syria dan Filipina menyebabkan Malaysia sering
dilabelkan sebagai pusat latihan pelampau Islam oleh Amerika Syarikat.Faktor
ini turut menyumbang ke arah hubungan yang kurang mesra antara Malaysia dengan
negara-negara berkenaan.
(c)Tuntutan pemisah dengan negara jiran
Juga mendatangkan masalah kepada negara
kita. Ini kerana mereka menjadikan negara Malaysia sebagai tempat mencari
perlindungan dari tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa di negara
mereka.Selain itu, Malaysia juga diminta menjadi orang tengah dalam
menyelesaikan pertikaian ini.Contohnya tuntutan pemisah Moro di Filipina dan
pemisah di Selatan Thailand.
(d) Kelonggaran undang-undang di negara jiran
Kelonggaran undang-undang di negara jiran
juga menggugat hubungan kita. Contohnya kelonggaran dari pemilikan senjata api
dan pelacuran di Thailand boleh menular ke negara kita.Kemasukan senjata api
terutama dari Tahailand akan mengancam keselamatan dan ketenteraman negara
kita.
Isu terbesar yang menjadi cabaran kepada
negara kita ialah kehilangan pesawat
MH370 telah mengeruhkan hubungan dengan
beberapa buah negara luar. Ketidakpuasan hati masyarakat antarabangsa atas
tuduhan ketelusan Malaysia dalam merungkai rahsia kehilangan pesawat tersebut
telah mengurangkan keakraban Malaysia dengan negara terbabit.Contohnya, China
yang merupakan penumpang paling ramai dalam pesawat tersebut sering mempersoalkan
tindakan Malaysia terhadap isu tersebut.
EKONOMI
(a) Penyeludupan di sempadan negara
Contohnya, penyeludupan beras dan minyak
bersubsidi di sempadan Malaysia-
Thailand dan Sarawak-Kalimantan. Hal ini
membawa kerugian kepada negara yang terlibat dan menjejaskan hubungan antara
negara serantau.
(b) Kejatuhan nilai mata wang
Malaysia terdedah dengan serangan mata wang
oleh penyangak mata wang. Hal ini menyebabkan nilai mata wang Malaysia menjadi
tidak stabil dan tidak dapat bersaing di pasaran antarabangsa.Akibatnya,
pelaburang asing terjejas dan keyakinan pelabur terhadap ekonomi Malaysia akan
tergugat.
(d) Kebergantungan kepada negara maju
Malaysia terpaksa menjual getah dan kelapa
sawit dengan harga yang ditentukan oleh negara pembeli seperti Amerika
Syarikat.Akibatnya, Malaysia kurang menjalinkan hubungan dengan negara-negara
sedang membangun.
SOSIAL
(a) Jenayah merentasi sempadan
Contohnya, penyalahgunaan dan penyeludupan
dadah.Pengedar dadah menjadikan
Malaysia sebagai negara transit dan ada
dalam kalangan rakyat Malaysia menjadi keldai dadah.
(b) Kebanjiran pendatang tanpa izin (PATI)
Kemasukan pendatang asing dari Indonesia,
Bangladesh , Vietnam dan Nepal telah merengangkan hubungan antara negara-negara
terbabit.Hal ini kerana kemasukan buruh asing telah membawa kepada peningkatan
masalah sosial di negara kita seperti kes pembunuhan di Pasar Borong
Selayang.Selain itu, mewujudkan
kebergantungan kepada pekerja asing dalam
pelbagai sektor ekonomi seperti pembinaan dan perladangan.
Terdapat juga pelarian politik dari negara
jiran terutama pelarian politik Rohingya dari Myanmar.
(c) Isu pertindihan kebudayaan
Isu bertindih tuntutan bersama berkaitan
kebudayaan terutama dalam nyanyian dan tarian pendet. Isu nyanyian dan tarian
ini telah dibangkitkan oleh Indonesia yang mendakwa Malaysia merompak hasil
seni mereka.
(d) Masalah pembakaran terbuka dan jerebu
Pembakaran hutan secara terbuka di Sumatera
, Indonesia mengakibatkan masalah pencemaran udara dan mengancam kualiti udara
di negara kita. Selain itu, menjejaskan kesihatan rakyat Malaysia. Akibatnya,
timbul isu tuduh menuduh antara negara serantau
(e) Krisis kemanusiaan
Dasar perlindungan Malaysia ke atas pelarian
Rohingya di Myanmar telah menyebabkan hubungan antara kedua-dua negara itu
menjadi tegang.
(e) Masalah pemerdagangan manusia, haiwan ,
senjata api dan mercun
Kebanyakan barang terlarang yang masuk ke
negara kita ialah dari negara jiran terutama yang bersempadan dengan negara
kita seperti Thailand.
14.USAHA / LANGKAH /CARA DALAM MENGATASI
CABARAN
(a) Penyelasaian melalui mahkamah
antarabangsa
Kedua-dua
negara yang menghadapi krisis boleh menjalankan penyelesaian dengan merujuk
kepada mahkamah antarabangsa.Sekiranya semua negara mematuhi peraturan dan
keputusan yang ditetapkan maka keamanan dunia berjaya diwujudkan. Ini juga
dapat memulihkan semula hubungan yang baik.
Selain itu, masalah pencerobohan sempadan
antarabangsa dapat diatasi dengan mengetatkan penggunaan ruang udara oleh
Singapura.
(b) Mengadakan perundingan peringkat menteri.Contohnya Mesyuarat Menteri-Menteri Luar
ASEAN.Dalam mesyuarat tersebut beberapa isu yang boleh menggugat kerjasama
dapat dibincang dan diselesaikan.
(c) Masalah jenayah sempadan dapat diatasi dengan kerjasama pasukan keselamatan
negara ini dengan negara jiran. Contohnya menubuhkan APPM, UPP dan
ESCOM.Kerjasama ini dapat menghalang kemasukan barangan terlarang seperti
senjata api, haiwan dan lain-lain lagi.
(d).Selain
itu, boleh menugaskan beberapa pasukan penguatkuasaan keselamatan untuk
menjaga perairan antarabangsa dan 262 pintu masuk sempadan negara seperti
pasukan Maritim Tentera Laut Diraja Malaysia dan Polis Laut Diraja Malaysia.
Melaluinya, gejala penyeludupan, pemerdagangan manusia dapat dikawal.
(e) Pihak berkuasa Malaysia dan Filipina
boleh menjalinkan perkongsian risikan.Dengan ini, dapat
membanteras ancaman pengganas di Lahad Datu dan boleh mengeratkan
hubungan Malaysia dengfan Filipina.
(f).Perlu mengelakkan kebergantungan
dengan negara maju dengan mengadakan kerjasama dengan negara Asia
Tengggara. Dengan ini, kebergantungan dapat dikurangkan demi menjaga
kepentingan bersama.
(g). Masalah kejatuhan nilai mata wang
boleh diatasi jika menyelaraskan penggunaan mata wang USD bagi memudahkan
urusan perdagangan.Selain itu, Malaysia perlu mencari medium perantara lain
sebagai alat pertukaran untuk berurusan seperti dinar emas. Ini dapat
mengeratkan hubungan Malaysia dengan negara-negara Islam.
(h).Kebanjiran pendatang tanpa izin (
PATI) dapat diatasi dengan menghantar mereka balik ke negara asal.Selain
itu, boleh mengadakan dasar pemutihan PATI.Seterusnya, pihak kerajaan dan
majikan perlu mengutamakan rakyat tempatan untuk memenuhi sektor pekerjaan.
(i).Mengadakan rundingan dalam mengatasi
masalah jerebu merentas sempadan. Jabatan Alam Sekitar kedua-dua buah negara
perlu bekerjasama untuk mengekang pembakaran terbuka. Ini akan menbantu menjaga
hubungan yang sihat dengan negara jiran.
Politik
Iktibar yang perlu diamalkan ialah kita
harus mengukuhkan semangat kerjasama dengan negara-negara jiran supaya dapat
menjamin keselamatan negara dan kestabilan politik negara.Hal ini seterusnya
dapat mengekalkan kedaulatan negara kita. Kerjasama yang erat dalam politik
boleh membanteras jenayah merentasi sempadan dan kegiatan penyeludupan.Dengan
ini hubungan diplomatik yang diamalkan selama ini membantu meningkatkan pertahanan
negara kita.
Dasar luar yang diamalkan oleh negara kita
selama ini telah berjaya mengeratkan hubungan dengan hampir semua negara dunia
dan membantu kita pada masa getir..Buktinya ialah ketika negara menghadapi masa
yang sangat genting dalam isu kehilangan MH370 hampir dua puluh negara
menghulurkan bantuan dalam misi pencariani pesawat itu.
Kita juga harus mencontohi ketokohan para
pemimpin negara yang memberi sumbangan besar dan mewakili negara dalam
pertubuhan antarabangsa. Pemimpin
Malaysia telah berani mempertahankan hak dan
maruah bangsa dalam persidangan antarabangsa. Seterusnya pemimpin juga sentiasa
sedia menerima perubahan bagi memastikan negara tidak ketinggalan dalam arus
globalisasi. Dasar pemimpin yang mengamalkan pendekatan rundingan dalam
menyelesaikan pertelingkahan antara negara perlu dicontohi oleh generasi muda
hari ini demi menjaga imej negara kita.
Rakyat negara kita juga perlu mengambil
iktibar dariapada kekacauan dan peperangan yang berlaku di negara lain dengan
mengukuhkan perpaduan kaum demi menjamin keamanan negara kita.
Ekonomi
Iktibar
seterusnya ialah negara kita perlu mengutamakan kemakmuran ekonomi dalam dasar
luarnya. Antaranya kita perlu meningkatkan kerjasama ekonomi antara negara
dunia..Seterusnya perlu mengamalkan dasar mesra pelabur untuk menarik lebih
ramai pelabur asing. Ini akan menguatkan lagi persaingan Malaysia di persada
antarabangsa. Seterusnya kerjasama ekonomi juga membantu pertukaran teknologi
dan teknikal dalam sektor perindustrian negara. Hal ini dapat membantu Malaysia
menjadi negara industri yang maju menjelang tahun 2020. Kerjasama ini juga
dapat membantu pertumbuhan ekonomi negara kita dan kemakmuran bersama.
Kita banyak bergantung kepada negara jiran
untuk mendapatkan sumber makanan dan bekalan barang keperluan harian.Kita juga
amat bergantung kepada negara-negara jiran untuk mendapatkan sumber tenaga
buruh.Oleh itu kita perlu mengamalkan dasar berbaik-baik dengan semua negara.
Penglibatan Malaysia dalam bidang sukan
seperti sukan Komanwel, Sukan Oilmpik,
Sukan SEA menunjukkan kita mementingkan
semangat perpaduan dan kerjasama melalui sukan.Seterusnya membantu memantapkan
lagi mutu sukan negara. Penyertaan dalam sukan-sukan ini secara tak langsung
berjaya menaikkan nama negara di peringkat antarabangsa. Pemenang dalam sukan
ini membuktikan slogan Malaysia Boleh menjadi suatu kenyataan.
Dalam
bidang bidang pendidikan pula, berlaku pertukaran pelajar antara negara. Hal
ini dapat memahami budaya, dan cara hidup pelajar negara lain. Ini dapat
mewujudkan sikap liberal dalam kalangan masyarakat negara kita. Ini seterusnya
dapat mewujudkan persefahaman anata kaum.
Seterusnya hasil dasar luar yang berbaik
dengan semua negara, Malaysia juga menerima bantuan kemanusiaan seperti dari
negara Taiwan ketika musibah banjir di Pantai Timur pada tahun 2014. Ini
membuktikan dasar setia kawan Malaysia terpelihara.
Dasar Malaysia yang mementingkan keadilan
sejagat perlu dijadikan iktibar oleh negara lian. Perjuangan Malaysia menentang
Dasar Aparteid di Afrika Selatan dan Isu Palestin membuktikan Malaysia komited
terhadap isu-isu yang tidak adil yang berlaku di dunia. Ini menunjukkan
Malaysia peka dalam memperjuangkan hak asasi manusia.
16.RUMUSAN / KESIMPULAN
(a) Pengetahuan
Pengetahuan yang diperoleh ialah dasar luar
Malaysia dibentuk berasaskan kepentingan yang membawa kebaikan kepada
negara.Tetapi inanya berubah-ubah mengikut kepimpinan
Malaysia mengamalkan dasar berbaik-baik
dengan semua negara bagi memperjuangkan keamanan dunia dan kedaulatan negara
kita. Selain itu kemajuan ekonomi negara juga bergantung kepada dasar yang yang
mantap.
(b) Nilai / Unsur Patriotisme
Sentiasa bersikap toleransi agar sebarang
perbalahan dapat diselesaikan dengan baik.Keadaan ini boleh mewujudkan keamanan
dunia.
Sikap kerjasama perlu ada antara pemimpin
dunia bagi memastikan kemajuan ekonomi dinikmati bersama
Kita mestilah menanamkan semangat cinta akan
keamanan bagi menjaga keharmonian hidup.
Pemimpin harus memiliki semangat jati diri
yang mantap agar tidak menimbulkan sebarang isu yang menimbulkan pertikaian dan
perselisihan.
Kita
perlu sedia berkorban dalam mempertahankan kedaulatan dan maruah negara agar
negara luar terus menghormati Malaysia.
(c) Harapan
Segala bentuk dasar luar yang telah bentuk
dan akan dilaksanakan akan merealisasikan hasrat Malaysia untuk menjadi negara
yang maju dan makmur.
Rakyat di negara ini akan menghargai
usaha-usaha yang telah dilakukan oleh para pemimpin agar negara kita terus aman
dan harmoni.
Semua negara di dunia perlu saling
menghormati bagi memastikan dunia kekal aman dan selamat untuk didiami.
Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu perlu
memainkan peranan dengan lebih berkesan bagi mengatasi isu antarabangsa.
.