Keperluan Warga Tua
Di Malaysia,
warga tua sering dibiarkan dan ditempatkan di rumah orang-orang tua. Definisi
warga tua ialah orang yang berusia 60 tahun ke atas. Mereka ini sering
dibiarkan sendirian oleh anak-anak walaupun terang lagi bersuluh bahawa
tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa ialah tanggungjawab seorang anak. Mereka
yang mempunyai kerjaya sering menghantar ibu mereka ke rumah kebajikan untuk
melepaskan diri mereka daripada tanggungjawab. Adakah tindakan insan yang
berjaya ini wajar? Mereka sepatutnya lebih peka terhadap keperluan ibu bapa
mereka yang telah lanjut usia berbanding mengejar harta dunia yang tidak akan
kekal lama. Oleh itu, terdapat pelbagai keperluan yang diperlukan oleh warga
tua.
Perhatian
dan kasih sayang daripada anak-anak merupakan salah satu keperluan warga tua.
Hal ini demikian kerana, kebanyakan warga tua hidup bersendirian selepas salah
satu pasangan meninggal. Mereka ini bersifat sensitif dan mudah terasa apabila
di pinggirkan dan dibiarkan oleh anak-anak tanpa bertanya khabar .Dengan
kehadiran anak-anak dan cucu, kekosongan dalam hidup warga tua itu dapat diisi.
Mereka tidak menginginkan harta atau apa-apa kerana mereka hanya menginginkan
perhatian dan kasih sayang daripada anak-anak dan cucu. Anak-anak yang
menghantar ibu bapa mereka ke rumah orang-orang tua atas alasan sibuk bekerja
dan tiada masa untuk diluangkan bersama adalah anak-anak yang tidak mengenang
jasa. Walaupun, di rumah orang-orang tua mereka terjaga dan terdapat kemudahan
yang lengkap , namun jauh di sudut hati mereka inginkan layanan dan kasih
sayang daripada anak-anak sendiri. Oleh itu, perhatian dan kasih sayang
merupakan keperluan utama warga tua.
Seterusnya,
mereka memerlukan tempat tinggal yang selesa untuk didiami. Hal ini demikian
kerana rumah yang sudah usang seperti dinding berlubang, atap bocor, lantai
berlubang dan sebagainya mengundang pelbagai jenis binatang atau serangga
berbisa. Keadaan rumah seperti ini tidak sepatutnya didiami oleh warga tua
kerana boleh mengancam nyawa mereka. Sebagai warga komuniti yang perihatin,
kita boleh membuat kerja amal untuk membersihkan rumah warga tua dengan bantuan
agensi kerajaan mahupun bukan kerajaan seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat,
Kementerian pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat. Bantuan yang di
berikan dapat meringankan beban warga tua seperti, makanan, tilam, kerusi roda
bagi yang tidak berkemampuan untuk berjalan dan sebagainya untuk meneruskan
kelansungan hidup. Dengan itu, keselesaan warga tua amat penting untuk menjamin
kehidup yang lebih bermakna bagi mereka.
Seterusya,
mereka juga memerlukan teman berkomunikasi untuk meluahkan perasaan. Hal ini
demikian kerana, kebanyakan warga tua tinggal bersendirian dan tiada teman
untuk berbicara dan berkongsi rasa. Mereka juga seperti insan muda yang
inginkan teman untuk berbual dan bercerita. mereka kadang kadang ingin
meluahkan kekecewaan mereka terhadap anak-anak mereka kerana alpa dengan
tanggungjawab untuk menjaga ibu bapa ketika tua. Mereka tiada tempat untuk
mengadu jika sakit, tiada suara untuk menenangkan mereka ketika menghadapi
musibah dan tiada tangan untuk membantu mereka ketika susah. Mungkin mereka
hanya mampu menangisi nasib mereka di dalam hati. Anak anak sewajarnya
meluangkan masa bersama ibu bapa walaupun sekejap untuk bertanya khabar atau
mendengar luahan hati daripada ibu bapa mereka. Jika mereka sabar dan sentiasa
mendengar luahan dan rintihan kita sejak kecil lagi, mengapa kita tidak mampu
untuk mendengar luahan serta rintihan ibu bapa kita apabila mereka sudah tua?
Jadi , anak anak boleh berkomunikasi dengan ibu bapanya supaya ibu bapa
tersebut dapat meluahkan perasaan mereka.
Tuntasnya,
semua pihak boleh membantu untuk menyedikan keperluan kepada warga tua. Namun,
setiap anak wajib mengutamakan keperluan ibu bapa semasa tua jika mereka masih
hidup kerana mereka amat memerlukannya. Warga tua sebenarnya tidak inginkan
harta kekayaan mereka hanya kasih sayang dan perhatian daripada anak anak.
Kadang kala sikap mereka ibarat bayi kecil yang baru dilahirkan. Inginkan
dirinya disayangi, dibelai dan ditemani. Sikap mereka yang mudah kecil hati
akan terubat dengan keikhlasan kita menjaganya. Jadi, kita harus menghargai
mereka sementara mereka masih ada.jangan tunggu hingga mereka tiada baru hendak
tercari-cari.
.