Soalan Latih Tubi Tatabahasa : Kata Nama
Isi tempat
kosong dengan jawapan yang paling sesuai.
21 Pada hari __________ yang lalu, Farid dan abangnya menunaikan solat
di Masjid al-Falah di kampung mereka.
A Isnin
B Rabu
C Ahad
D Jumaat
22 Orang ramai berkumpul di __________ itu untuk mendengar ceramah
keibubapaan yang disampaikan oleh Dato Dr. Fadzillah Kamsah.
A kedai
B rumah
C dewan
D masjid
23 Kaum __________ diingatkan supaya tidak terpedaya dengan jualan murah sewaktu berbelanja.
A gadis
B isteri
C betina
D wanita
24 Pembinaan tukun tiruan di perairan negara ini telah berjaya menambahkan hasil tangkapan __________.
A pesawah
B penoreh
C nelayan
D petani
25 Kita sebagai __________ Malaysia hendaklah menghormati undang-undang negara.
A pelancong
B pendatang
C rakyat
D murid
26 Sofea dihadiahi ayahnya sebuah __________ kerana mendapat keputusan yang cemerlang dalam UPSR tahun lalu.
A motosikal
B basikal
C kereta
D beca
27 Berbagai-bagai kemudahan disediakan oleh kerajaan untuk menjadikan Lata Ulu Kenas sebagai pusat __________.
A perkhemahan
B pelancongan
C petempatan
D perkampungan
28 Walaupun Suraya dan Tania bukan adik-beradik tetapi _______________ sangat rapat
seperti isi dengan kuku.
A dia
B kita
C kami
D mereka
29 Kemalangan yang berlaku di bawah ____________itu menyebabkan kesessakan lalu lintas.
A jejantas
B jambatan
C lapangan
D bangunan
30 Haziq merupakan satu-satunya __________ yang berjaya melanjutkan pelajaran di Universiti Kebangsaan Malaysia.
A dekan
B pelajar
C profesor
D pensyarah
.